firma | badan perniagaan; syarikat perniagaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
firma | badan perniagaan; syarikat perniagaan. | Kamus Pelajar |
pengurusan | perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
premis II | (prémis) bangunan dan kawasan tempat diuruskan perniagaan dsb: ~ perniagaan; firma itu telah berpindah ke ~ baru di Jalan Tun Razak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laba | 1. keuntungan (drpd perniagaan, perdagangan, pelaburan, dll): perniagaan yg diusahakannya itu menghasilkan ~ yg berlipat ganda; 2. faedah, guna, kebaikan: apa ~nya kita bertengkar ini? ~ modal (Eko) keuntungan yg diperoleh drpd wang yg dilaburkan dlm sesuatu perniagaan (saham dsb) hasil drpd kenaikan harga; ~ rugi a) untung rugi; b) baik buruk; (pajak) ~ perang Id (cukai yg dikenakan atas) keuntungan yg diperoleh dlm masa perang; ~ sama dibagi, rugi sama diterjuni prb bersahabat (bermuafakat) sehidup semati; belum tahu akan ~ rugi prb belum tahu akan baik buruk sesuatu hal; kalau ~ bercikun-cikun, buruk diberitahu orang prb berdiam diri sahaja sewaktu dlm kesenangan tetapi meminta pertolongan orang lain apabila dlm kesusahan; mengaut ~ dgn siku prb orang yg selalu mencari keuntungan yg banyak; berlaba 1. mendapat atau beroleh laba (keuntungan): dia ~ berlipat ganda drpd perniagaannya; 2. menghasilkan (mendatangkan) keuntungan: perniagaan yg diurusnya itu tidak ~ sedikit pun; melabakan, melabai menghasilkan (mendatangkan) keuntungan kpd, menguntungkan: rancangan itu hanya akan ~ beberapa orang yg telah sedia kaya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rincih | keratan (potongan, sayatan) kecil; ~-rancah segala maklumat (terutamanya yg kecil-kecil) tentang sesuatu: semoga Midah menemukan ~-rancah sejarah nenek moyangmu, selapis demi selapis; harga ~ harga jualan sedikit-sedikit, eceran; perniagaan ~ ark perniagaan kecil (lwn perniagaan secara borongan); merincih menghiris (memotong, mengerat, dll) kecil-kecil, menyayat, meracik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perniagaan borong | perniagaan secara besar-besaran antara pemborong dgn peruncit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berangkaian | mempunyai rangkaian: Perniagaan itu ~ dgn perniagaan rakan niaga lain. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengurusan | perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. | Kamus Pelajar |
menguntungkan | 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |