penyejajaran | 1. persamaan taraf (tingkat, darjat); 2. perselarian, persamaan arah dan jarak di antaranya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tamsil | 1. persamaan sbg umpama (misal), misalan, contoh: satu ~ lagi, adalah keruh bumi ini umpama kelapa dlm air; 2. ajaran yg terkandung dlm sesuatu cerita, ibarat: terkadang-kadang ia menyanyi dan melagukan pula beberapa gurindam yg mengandungi ~ dan ibarat; bertamsil menggunakan tamsil (contoh); mentamsilkan menggambarkan sesuatu (sbg contoh), mengibaratkan, mengumpamakan; tamsilan contoh, ibarat, persamaan, perumpamaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analogi | 1 persamaan dlm sesuatu hal atau sesuatu sifat. 2 perbandingan sesuatu dgn sesuatu (hal dsb) yg telah berlaku; kias. beranalogi menggunakan analogi: Dia sering ~ dlm membicarakan karyanya. beranalogikan menggunakan sesuatu sbg analogi: Hujahnya ~ fakta yg diperoleh drpd bahan rujukan lama. menganalogikan menjadikan atau membuat sesuatu sbg analogi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persamaan | 1 sesuatu yg sama: Terdapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sajak I | 1. persamaan bunyi pd suku kata (dlm syair, pantun, dll): ~nya janggal, banyak yg tidak kena; 2. = sanjak ark puisi moden (ber-beza drpd pantun atau syair) yg digubah dlm bahasa yg indah utk menyatakan fikiran (perasaan, pengalaman, dsb); ~ kabur sajak yg tidak jelas maksud atau maknanya; 3. ark irama (lagu): ~ tarinya; bersajak 1. bersesuaian bunyi suku kata (dlm pantun, syair, dll): kata lengang ~ dgn kata awang; 2. berbentuk sajak (pantun, syair, dll): cerita ~; 3. menyajak: sejak mula ~ dulu, sajaknya panjang-panjang; 4. mengungkap-kan atau mendeklamasikan sajak: dlm majlis itu, ada yg berpantun, ~ atau bersyair; menyajak mengarang (menggubah) sajak: pengalaman ~; menyajakkan 1. menjadikan bersajak (karang-an), menyesuaikan bunyi: kedua-dua rangkap itu dipilih utk ~ bunyi pepatah itu; 2. mengarang dlm bentuk sajak; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; persajakan perihal bersajak (menyajak), hal-hal yg berkaitan dgn sajak: dia juga ter-kenal dlm bidang ~; ia membicarakan ~ Islam benar-benar secara teoretis; penyajak orang yg mengarang sajak, pengarang sajak, penyair: seorang ~ menggunakan bunga-bunga bahasa utk mengindahkan sajaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengiaskan | 1. mengenakan kias (perbandingan, persamaan) pd: ~ satu fasal undang-undang kpd suatu keadaan yg tertentu; 2. menunjukkan (mengemukakan) sesuatu dgn perbandingan (persamaan), mengibaratkan: pepatah Inggeris ~ orang bodoh yg banyak cakapnya sbg tong yg tidak berisi; 3. membuat sindiran (ibarat dll) yg ditujukan kpd: ayahnya pernah juga ~ kpd dia supaya membuat amal ibadat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
padanan | 1. bandingan, imbangan, persamaan, keadaan seimbang: cita-citanya ialah membuat projeksi drpd kenyataan-kenyataan yg dilihatnya, ia ingin membuat ~ dr alam di sekitarnya; 2. perihal padan, persesuaian, persamaan: uji ~ benang itu dgn nat; 3. = ~ kata kata atau rangkai kata dlm sesuatu bahasa yg sama maknanya dgn kata atau rangkai kata dlm suatu bahasa yg lain: kamus ini memberikan ~ bahasa Malaysia bagi perkataan, rangkai kata dan ungkapan bahasa Inggeris; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persamaan | 1. perihal sama (sifat-sifatnya dll), persesuaian: yg membentuk bangsa ialah ~ bahasa, ~ sejarah, dan ~ kebudayaan; ada ~ antara orang asli di Filipina dgn orang asli di Semenanjung Tanah Melayu; 2. perbandingan, perumpamaan, ibarat: ~ yg diberikan dlm sajak-sajak itu banyak yg salah; 3. perbandingan dua ungkapan yg sama nilainya (dlm ilmu hisab, fizik, kimia, dll); ~ kimia perlambangan tindak balas kimia dgn menggunakan simbol unsur-unsur utk me-nandakan banyaknya bahan dan hasil tindak balas; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
analogi | 1. persamaan dlm sesuatu hal atau sesuatu sifat. 2. perbandingan sesuatu dgn sesuatu (hal dsb) yg telah berlaku; kias. | Kamus Pelajar |
sama | 1 tidak ada bezanya; serupa saja: Dua kali lima ~ dgn lima kali dua. 2 ikut serta; tidak terpisah dr yg lain: Mereka duduk berkelompok-kelompok, perempuan ~ perempuan dan lelaki ~ lelaki. 3 sesuai benar atau cocok benar keadaannya dll; seimbang: Taraf kita tidak ~ dgn taraf mereka. ~ ada adakah; mungkinkah. ~ dgn a. serupa dgn. b. tanda = (dlm matematik). ~ rata a. ratanya sekata. b. banyaknya sama. ~ saja tidak ada bezanya. ~ sekali semuanya; seluruhnya. ~ sendiri antara mereka sendiri. ~ ukur sama ukurannya (bentuknya dll); simetri. sama-sama 1 pd waktu yg sama (melakukan sesuatu); dlm keadaan yg sama: Mereka ~ membantu menyiapkan projek itu. Dua sahabat itu ~ lemah utk memberikan bantuan. 2 semuanya sekali; kesemuanya: Dlm hal ini, mereka ~ bersalah. 3 kata yg diucapkan sbg membalas ucapan terima kasih drpd orang lain. bersama 1 melakukan sesuatu pd waktu yg sama; berserta: Mereka ~ meneruskan usaha itu. 2 tidak ada kecualinya; seluruhnya utk semua: Harta ini milik kita ~. 3 seiring; berserta: ~ dgn borang ini, saya kepilkan sekeping gambar. bersamaan 1 berlaku pd waktu yg sama; bertepatan dgn: Awal Ramadan telah jatuh pd hari Khamis ~ 21 Oktober. 2 sama atau hampir sama keadaannya, halnya dll; serupa: Isi tempat-tempat kosong dgn perkataan-perkataan yg ~ ertinya dgn perkataan yg diberikan. 3 berimbang (dgn); berbanding (dgn): 1 batu ~ dgn 1.6 kilometer. menyamai sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. menyamakan 1 membuat jadi sama; tidak membeza-bezakan: Kerajaan patut ~ penggunaan buku teks di sekolah-sekolah. 2 menganggap sama; memandang sama: Kita tidak boleh ~ manusia dgn jentera. kesamaan keadaan atau hal sama: Undang-undang negara kita menjamin ~ hak bagi semua rakyat. persamaan 1 sesuatu yg sama: Terdapat ~ antara kedua-dua lelaki itu. 2 pernyataan yg sama antara dua rangkai angka yg dipisahkan oleh tanda sama dgn (=) spt 5x + y = 7. ~ serentak persamaan yg diselesaikan secara serentak. penyamaan perbuatan (hal dsb) menyamai atau menyamakan. sesama sama-sama (dlm kumpulan, golongan): Kita hendaklah berbuat baik ~ manusia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |