persampahan | tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persampahan | tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persampahan | tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar |
sampah | persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar |
sampah | 1 benda-benda yg dibuang (kerana tidak digunakan lagi) atau yg tidak dikehendaki (spt kertas kotor, daun kering). ~ sarap bermacam-macam jenis sampah. 2 sesuatu yg tidak berharga atau yg tidak berguna. ~ dunia (masyarakat) orang yg hina dan tidak berguna kpd masyarakat. menyampah 1 spt sampah rupanya kerana terlalu banyak atau tidak berguna. 2 ki berasa benci atau meluat: Pergi engkau dr sini, ~ aku melihat mukamu. persampahan tempat membuang sampah; timbunan sampah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sampah | 1. benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll), sarap; ~ sarap bermacam-macam sampah; 2. sesuatu (benda atau orang) yg tidak berharga atau berguna; ~ dunia = ~ masyarakat orang yg hina; ~ itu di tepi juga prb orang yg hina (miskin) itu selalunya tidak dipedulikan orang; ~ jangan ditendang sepak prb orang yg miskin jangan dihinakan; spt ~ hanyut prb orang miskin yg hidup melarat; teralang-alang bagai ~ dlm mata prb kemusykilan yg tidak dapat dilahirkan; menyampah 1. berasa benci (terhadap sesuatu atau seseorang), meluat, jijik: Semah ~ bukan kepalang; 2. spt sampah (kerana terlalu banyak dll); 3. bp mengganggu orang (mengacau dll); persampahan tempat membuang (timbun-an) sampah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |