persefahaman | hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
persefahaman | perihal bersefahaman, permuafakatan, persetujuan: dgn perundingan begini, mungkin dapat dicapai ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persefahaman | hal bersefahaman; persetujuan: Dgn cara berunding, ~ dpt dicapai. | Kamus Pelajar |
memorandum persefahaman | perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek usaha sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
internasionalisme | prinsip yg menganjurkan semangat persefahaman di kalangan pelbagai negara demi kepentingan bersama: para pemimpin negara yg berpandangan jauh dan berpegang pd prinsip ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
MoU | kep Memorandum of Understanding (Memorandum Persefahaman). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memorandum | (mémorandum) 1. dokumen yg merakamkan syarat-syarat perjanjian, pembentukan syarikat, dsb; ~ persefahaman suatu bentuk perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek (penyelidikan dsb) usaha sama yg tidak melibatkan implikasi undang-undang; 2. nota ringkas tentang sesuatu perkara edaran dalaman (mis dlm pejabat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membuahkan | menghasilkan, menerbitkan (hasil dll): memang bumi ~ padi dan tanah menghasilkan emas; persefahaman itu ~ cinta buat Alif Idham; Melur cuba ~ senyuman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antarabangsa | 1. antara atau di kalangan negara-negara, melibatkan dua atau lebih negara: meng-galakkan persefahaman ~; perhubungan ~; perdagangan ~; 2. bkn atau berkaitan dgn dua atau lebih negara atau warganegaranya: maha-siswa kita cenderung terhadap perkara-perkara ~; 3. ditubuhkan oleh dan dikawal atau digubal utk beberapa negara: mahkamah ~; undang-undang ~; 4. dimiliki atau dikaitkan dgn pertubuhan dsb yg mempunyai ahli-ahli dlm dua atau lebih negara: pertubuhan ~; pergerakan ~; 5. boleh digunakan oleh semua negara: perairan ~; 6. diterima oleh beberapa negara besar sbg tinggi tarafnya: hotel ber-taraf ~; mengantarabangsakan menjadikan sesuatu (hak, isu, dsb) bersifat antarabangsa: ada pihak-pihak tertentu yg cuba ~ pergolakan politik negara itu; keantarabangsaan keadaan sesuatu yg bersifat antarabangsa: sikap ~ pucuk pimpinan Malaysia telah menarik minat seluruh dunia; pengantarabangsaan perbuatan (proses) mengantarabangsakan: wujudnya peluang ekonomi yg semakin banyak akibat pembangunan dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memorandum | /mémorandum/ 1 catatan atau peringatan utk masa yg akan datang. 2 laporan dll mengenai sesuatu yg telah disetujui tetapi belum lagi ditandatangani atau disahkan. ~ persefahaman perjanjian bertulis antara dua pihak (organisasi, institusi, negara dsb) utk melaksanakan sesuatu projek usaha sama. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |