Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata persembahan 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kabaret(kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya.Kamus Dewan Edisi Keempat
sembahme­ngunjukkan (mem­­berikan dsb) se­suatu dgn hormat: Ben­tara telah ~ surat tsb kpd baginda. mempersembahkan 1 mengatakan (memberitahukan dsb) dgn hormat; menyampaikan permohonan dsb dgn hormat: Pengintip-pengintip itu telah pulang ke negeri mereka lalu ~ hal tsb kpd raja mereka. 2 menghidangkan atau menunjukkan sesuatu (filem, drama dsb) kpd umum: Kumpulan tsb akan ~ drama Tamu Bukit Kenny pd malam ini. persembahan 1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton. penyembahan perbuatan atau hal menyembah. penyembah orang yg menyembah; pemuja: ~ batu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persembahan1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja. 2 sesuatu yg dipersembahkan kpd umum: ~ drama Tamu Bukit Kenny sangat memuaskan hati para penonton.Kamus Pelajar Edisi Kedua
persembahan1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu;Kamus Dewan Edisi Keempat
format1 bentuk, rupa dan ukuran (saiz) sesebuah buku, akhbar dsb. 2 gaya atau susunan persembahan sesuatu rancangan penerbitan, mis siri televisyen. 3 gaya persembahan sesuatu rencana, tugasan dsb. 4 ist susun atur data atau atur cara komputer. memformatkan membuat atau mengurus sesuatu supaya mengikut format: Dia ~ karangannya mengikut sebagaimana yg dikehendaki. pemformatan perbuatan atau proses memformatkan: Dia membuat kerja penterjemahan dan ~ dokumen.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sembah1. penghormatan kpd raja dll (dgn menangkupkan kedua-dua tapak tangan serta menyusun jari dan mengangkat ke atas hingga ke paras dagu ataupun hingga ke dahi): mengangkat ~; 2. kata-kata yg ditujukan kpd raja (orang yg dimuliakan): setelah raja China mendengar ~ tabib itu, maka raja China pun menitahkan utusan ke Melaka minta air basuh kaki raja Melaka; berdatang ~ berkata kpd raja (orang yg dimuliakan); ~ salam = ~ dan sujud hormat dan khidmat (dlm surat-menyurat kpd orang yg dihormati dll); ~-simpuh tertib sopan (kelakuan); bersembah berkata dgn hormat dan takzim; bersembahkan sl = mempersembahkan; menyembah 1. memberi hormat dgn meng-angkat sembah: maka sekalian orang yg duduk di bawah itu pun ~; 2. memberi hormat dgn mencium dll pd (lutut dll): anak Pangeran Mas Seri Negara itu ~ lutut paduka ayahandanya; 3. menghormati sesuatu sbg Tuhan atau dewa, memuja: ~ berhala; ~ mata-hari; 4. mengaku diperintah oleh (ditakluki oleh dll), tunduk kpd, mengaku taat kpd: Sultan Muzaffar Shah tiada mahu ~ ke benua Siam; ~ bumi tumbang tertiarap di bumi, roboh: dia tersungkur ~ bumi dgn kepalanya berlumuran darah di hadapan orang ramai yg kegemparan; kondominium yg sudah lama didiami itu tiba-tiba ~ bumi; menyembahkan, mempersembahkan 1. menyampaikan (berita, surat, dll) dgn takzim, mengatakan, menceritakan: sekiranya rang undang-undang ini tidak diluluskan oleh Dewan Negara pun boleh disembahkan kpd Yang di-Pertuan Agong; maka laksamana pun ~ segala hal ehwalnya; 2. memberikan (mengunjukkan dll) dgn takzim: maka Pak Kaduk pun segeralah ~ ayamnya itu, lalu disambut oleh baginda serta diamat-amati; 3. menghidangkan (pertunjukan dll), memper-tunjukkan (permainan dll): malam ini akan dipersembahkan filem Tiga Dara; sembahan yg disembah (Tuhan), yg dipuja-puja atau dihormati, pujaan: berhala yg menjadi ~ penganut agama Buddha; persembahan 1. hadiah (kpd raja, orang-orang yg lebih tinggi martabatnya): segala negeri takluk datang memperhambakan diri, masing-masing dgn persembahannya; 2. sesuatu yg dihidangkan atau dipertunjukkan (permainan, pementasan, filem, dll): ~ lakonan yg diselingi lagu-lagu; penyembahan 1. perihal menyembah atau memuja; 2. pemujaan; penyembah orang yg menyembah, pemuja: ~ berhala.Kamus Dewan Edisi Keempat
koreografi(koréografi) 1. penciptaan (seni mencipta) gerak-geri tarian (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas); 2. seni tari (biasanya tarian balet atau tarian utk persembahan di pentas).Kamus Dewan Edisi Keempat
persembahan1 apa-apa yg disembahkan; pemberian kpd raja-raja.Kamus Pelajar
tayangan1 sesuatu yg ditayangkan. 2 pertunjukkan atau persembahan filem dsb: ~ filem tsb akan bermula esok. ~ perdana pertunjukan filem tsb bagi kali yg pertama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sajian1. sesuatu yg disajikan, hidangan makanan; 2. persembahan (cerita dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas