sengketa | (sengkéta) 1. = persengketaan pertelingkahan, pergaduhan, perselisihan, pertentangan, pertikaian: Amerika diingat-kan supaya jangan campur tangan dlm ~ Arab-Israel; halangan-halangan ini mungkin disebabkan oleh ~ sesama sendiri di kalangan pemimpin Perikatan; 2. hal atau perkara (dr segi pengadilan): tidak ada ~ yg tidak dapat diselesaikan; bersengketa bergaduh, berkelahi, berselisih faham, bertelagah (pendapat dll): pihak-pihak yg ~ bersedia menghadapi persoalan itu dgn fikiran tenang dan terbuka; mempersengketakan memperbantahkan, mempertikaikan: Bahasa Kebangsaanlah yg menjadi soal yg dipersengketakan oleh kedua-dua pihak itu; persengketaan 1. perselisihan, pertelagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
persengketaan | 1. perselisihan, pertelagahan, pertikaian, perbalahan: ~ antara dua orang adik-beradik itu berpanjangan kpd anak masing-masing; 2. perebutan (terhadap se-suatu): maka ~ itu diselesaikan dan sempadan kedua-dua buah negeri itu pun ditentukan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rundingan | 1. perbincangan antara dua atau banyak utk menyelesaikan masalah (pertelingkahan, persengketaan, dsb atau mencapai sesuatu persetujuan): ~ telah membawa kpd pertengkaran dan pertengkaran pula membawa kpd perkelahian; persengketaan sebaik-baiknya diselesaikan menerusi ~; ~ meja bulat rundingan dgn menggunakan meja bulat sbg menunjukkan bahawa pihak-pihak yg terlibat mempunyai taraf yg sama; ~ telah putus pembicaraan sudah selesai dan menghasilkan persesuaian; 2. butir-butir pembicaraan (pembincangan dll), isi pembicaraan: segan menurut ~ orang lain segan menurut nasihat orang lain; ~ damai pembicaraan utk mencari perdamaian; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pertikaian | 1. perselisihan, perbezaan; 2. per-telingkahan, perkelahian, persengketaan, pertentangan (faham, pendapat): segala ~ dapat diselesaikan secara aman menerusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kedamaian | 1. keadaan damai (keadaan tidak terdapat atau tidak berlaku pergaduhan, peperangan, persengketaan, dsb): hidup dlm ~ dan kemakmuran; 2. keadaan yg aman dan tenteram, ketenteraman, ketenangan: hari itu dia berdoa supaya getar perasaan yg mengocak ~ jiwanya akan hilang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemisah | 1. sesuatu yg memisahkan atau menceraikan; badan ~ Id badan yg tugasnya mengamankan segala persengketaan; garis ~ garis yg memisahkan atau menyekat; 2. = juru~ jurupisah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tercebur | 1. termasuk (terjatuh) ke dlm air (telaga dll); 2. termasuk ke dlm (kesengsaraan, kehinaan, persengketaan, dll): kau orang perempuan, senang ~ ke lembah kehinaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perselisihan | 1. perbezaan pendapat (fikiran dll): timbullah ~ faham antara Dato’ Temenggung dgn Dato’ Perpatih; 2. perbalahan, persengketaan, pertikaian: berunding menyelesaikan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyalakan | 1 menjadikan bernyala; menghidupkan (api): Bagaimana hendak ~ api jika tidak ada mancis? 2 menjadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyalakan | 1 menjadikan bernyala; menghidupkan api: Bagaimana hendak ~ api jika tidak ada mancis? 2 menjadikan berkobar; menimbulkan: Persengketaan itu telah ~ api peperangan. | Kamus Pelajar |