perundangan | hal mengenai undang-undang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perundangan | 1. yg berhubungan (berkaitan) dgn atau berasaskan undang-undang: meng-gunakan Bahasa Melayu sepenuhnya termasuk bidang ~ dan kehakiman; suatu sistem ~, ekonomi, dan politik yg menyeluruh; Islam ialah agama ~; 2. kumpulan undang-undang, keseluruhannya yg berkaitan dgn undang-undang: Yang di-Pertuan Agong sbg lambang sumber segala ~ Malaysia; sikap sedemikian adalah bertentangan dgn ~ Islam; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perundangan | hal mengenai undang-undang. | Kamus Pelajar |
perundang-undangan | perundangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dewan negeri | majlis perundangan negeri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kongres II | (kongrés) badan perundangan persekutuan di Amerika Syarikat yg terdiri drpd Dewan Rakyat dan Senat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ijmak | Ar 1. sumber ketiga dlm perundangan Islam selepas al-Quran dan hadis: kadi-kadi menjalankan tugas mereka dgn berdasarkan Quran, hadis, ~ dan kias; 2. = ~ ulama kesepakatan pendapat para ulama yg berijtihad mengenai sesuatu hukum; mengijmakkan mencapai kesepakatan pendapat mengenai sesuatu hukum melalui ijtihad: Majlis Fatwa Kebangsaan telah ~ hukum bayi tabung uji bagi kepentingan umat Islam di Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memandatorikan | menjadikan mandatori: resolusi ketiga pula ialah ~ PSKP melalui peraturan perundangan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiausaha syarikat | pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anak guam | orang yg menggunakan khidmat atau mendapat bantuan (nasihat) perundangan drpd peguam utk urusan sesuatu kes; | Kamus Dewan Edisi Keempat |