rusuh I | 1. terganggu ketenteraman (kerana perbuatan jenayah spt pencurian dll), tidak aman: keadaan ekonomi yg begitu buruk menyebabkan daerah kami ~ sekali; 2. gaduh, huru-hara, kacau, ribut: negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan oleh tentera; 3. tidak sopan (kelakuan, perkataan, dll), kasar (permainan bola sepak dll), tidak berperaturan, ceroboh: bahasanya ~ benar; ~ benar makanannya apa sahaja dimakannya; 4. tidak tenteram fikiran, (sangat) gelisah: ~ resah berbagai-bagai kegelisahan (tidak aman dll); merusuh membuat rusuh (spt mengacau, merompak, mengganggu ketenteraman, dll): orang salah ~ dlm penjara; sekumpulan kecil drpd penonton telah ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil; merusuhi mengganggu (ketenteraman), mengacau: tikus tanah yg selalu ~ sawah kami; merusuhkan menyebabkan rusuh, menimbulkan huru-hara (kekacauan, keributan, dll); rusuhan kejadian merusuh: banyak yg luka akibat ~ pelajar-pelajar itu; ~ kaum rusuhan yg berlaku di kalangan anggota kaum-kaum yg berlainan dlm sesebuah komuniti atau negara, yg berpunca drpd sebab-sebab tertentu; pasukan (polis) pencegah ~ polis utk memadamkan rusuhan; kerusuhan perihal rusuh (kekacauan, keributan, dsb); perusuhan 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; perusuh pengganggu ketenteraman, pengacau, penderhaka. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perusuhan | 1. perbuatan merusuhi (merusuhkan); 2. huru-hara, pemberontakan, dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rusuh I | 1 tidak aman; huru-hara; kacau; gempar (kerana peperangan dll): Negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan tentera. 2 tidak sopan; tidak bertatatertib; kasar: Bahasanya ~ benar. merusuh membuat rusuh; mengacau: Mereka ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan kekacauan (huru-hara dll). rusuhan kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. perusuhan perbuatan merusuh atau merusuhkan. perusuh orang yg merusuh; pengganggu keamanan: ~-~ itu sudah ditahan polis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rusuh I | 1 tidak aman; huru-hara; kacau; gempar (kerana peperangan dll): Negara itu menjadi ~ selepas pemberontakan tentera. 2 tidak sopan; tidak bertatatertib; kasar: Bahasanya ~ benar. merusuh membuat rusuh; mengacau: Mereka ~ kerana tidak puas hati dgn keputusan pengadil. merusuhkan menimbulkan atau mendatangkan kekacauan (huru-hara dll). rusuhan kejadian merusuh: Banyak orang yg telah tercedera dlm ~ itu. perusuhan perbuatan merusuh atau merusuhkan. perusuh orang yg merusuh; pengganggu keamanan. | Kamus Pelajar |