babil | ark 1. degil, tegar, keras kepala, kepala batu, pembantah, pelawan: ~ sangat budak ini; 2. berani dan tabah: perwira-perwira ~; berbabil bertengkar, berbantah;kebabilan perihal (sifat, sikap) suka membantah, kedegilan, ketegaran: peristiwa itu membakar seluruh ~ku;perbabilan perihal berbabil, pertengkaran, perbantahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perwira | 1 gagah lagi berani: orang yg ~. 2 orang yg gagah berani; pahlawan: Hang Tuah merupakan ~ Melayu yg terulung. keperwiraan sifat-sifat perwira; kepahlawanan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perwira | 1 gagah lagi berani: orang yg ~. 2 orang yg gagah berani; pahlawan: Hang Tuah merupakan ~ Melayu yg terulung. keperwiraan sifat-sifat perwira; kepahlawanan. | Kamus Pelajar |
perwira | 1. sl berani, gagah: ia seorang perajurit agung lagi ~; ~ perkasa = gagah ~ gagah perkasa; 2. sl orang yg gagah berani, pahlawan: maka oleh segala ~ itu dibawanya keris itu ke barung-barung; 3. Id pegawai tentera (drpd leftenan muda ke atas): kerana keberaniannya ia diangkat menjadi ~ pertama dgn berpangkat leftenan dua; ~ laut pegawai dlm angkatan laut; ~ menengah pegawai tentera drpd kapten hingga ke brigedier (meliputi mejar, leftenan kolonel); ~ penghubung pegawai tentera yg menghubungkan pasukan dll dgn pasukan lain; ~ pertama = ~ rendah pegawai (pangkat leftenan dan kapten); ~ tinggi pegawai yg lebih tinggi drpd kolonel; keperwiraan 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nara I | 1. laki-laki, perwira; 2. gelaran: Seri N~ Diraja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemendur | IB 1. pemimpin pasukan (berpangkat perwira tinggi); 2. = ~ laut syahbandar, pembesar pelabuhan; 3. Mn pengurus pemerintahan negara (pd zaman penjajahan), pamung peraja, kontrolir; 4. kepala atau pengawas pekerja, mandur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ganjaran | 1. hadiah (utk perbuatan baik dll): Patih Gajah Mada pun memberi ~ akan perwira itu empat ratus pitis; 2. balasan (utk perbuatan jahat dll): dia akan mendapat ~ pd kemudian hari kerana kejahatan-kejahatannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
keperwiraan | 1. sl keberanian, kegagahan, kepahlawanan: riuh-rendah bunyi serdadu kedua-dua belah pihak sama-sama menunjukkan kegagahan dan ~; 2. perihal perwira. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berdarah | 1 mempunyai darah: Manusia yg hidup semuanya ~. ~ raja dr keturunan raja. 2 keluar darah: Mulutnya ~ kerana dia terjatuh. 3 bersifat; berjiwa: Orang-orang Melayu ~ perwira. 4 ada darah yg melekat: Kain pembalut yg ~ itu dibuang saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tertuna | 1. kena luka, mendapat luka: ia berasa tertikam dan ~; 2. ki mendapat sesuatu kecelaan (kecacatan dll), menderita (kerana sesuatu yg tidak menyenangkan): banyak antara mereka yg ~ rindu dan renjana, kerana perwira yg muda belia ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |