Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pesan
Kata Terbitan : pesanan, berpesan, memesan, pemesanan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
warisan(inheritance)1. Pesanan dalam pengaturcaraan tertuju objek yang dihulur ke objek pada aras atas sehingga objek yang dikehendaki memerangkap pesanan tersebut. 2. Sifat objek atau konsep yang lebih tinggi yang diwarisi oleh objek atau konsep rendah di bawah satu struktur berhierarki.Kamus Komputer
amanatAr 1. pesanan, wasiat, nasihat: itulah ~ orang tuanya kepadanya; penentuan itu diterima oleh orang-orang Islam sbg suatu ~ Khalifah yg wajib ditaati; 2. amanah; beramanat menyampaikan (memberikan, meninggalkan) pesan, berpesan; mengamanatkan memberikan amanat kpd, menyampaikan pesanan, menasihati: Per­dana Menteri ~ rakyat supaya bertekun menghadapi segala kesulitan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mesej/méséj/ 1 pesanan, berita, kata-kata singkat dll drpd sesorang (sesuatu pihak) yg hendak disampaikan kpd seseorang dsb: Dia terus menyampaikan ~ yg diterimanya melalui telefon kpd rakannya itu sebaik sahaja melihat beliau masuk ke pejabat. 2 buah fikiran, idea, pengajaran dll yg hendak disampaikan dlm sesuatu ucapan, karya dll: ~ Ketua Pengarah dlm amanat yg disampaikannya itu begitu jelas dan mudah difahami. ~ ralat ist pesanan khusus yg memberitahu pengguna bahawa ralat telah dikesan pd komputer. bermesejkan mempunyai sesuatu sbg mesej: Ucapannya ~ semangat cinta akan agama, bangsa dan negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mesej(méséj) 1. pesanan (berita, kata-kata singkat) yg hendak disampaikan kpd sese-orang dsb: Don Norton mengingati ~ telefon yg telah diterimanya drpd pengurus itu; 2. sesuatu (gagasan, pengajaran, dll) yg hendak disampaikan dlm sesuatu karya sastera dll: ~nya jelas, mudah difahami dan perasaannya dipenuhi oleh nilai-nilai yg mulia; dlm kelucuan pemerihalan ini jelas kpd kita ~ disebaliknya; bermesejkan mempunyai atau mengan­dungi sesuatu sbg mesej: rakaman album-album yg ~ cinta dan kemanusiaan; mem-perbanyak iklan yg ~ patriotisme.Kamus Dewan Edisi Keempat
pesan I1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti, jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat, dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal, ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah).Kamus Pelajar Edisi Kedua
pesan I1 = pesanan sesuatu (spt perintah, nasihat dll) yg mesti dilakukan atau yg mesti disampaikan kpd orang lain; amanat: Apabila sampai di rumah nanti jangan lupa menyampaikan ~ ini kpd ayahmu. 2 = pesanan permintaan hendak membeli supaya dikirim atau dibuat; tempahan. 3 nasihat dll yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal; wasiat. berpesan 1 meminta supaya kehendaknya diterima atau disampaikan kpd orang lain; memberi pesan: Sebelum pergi ke pejabat dia telah ~ kpd isterinya supaya membawa anaknya ke klinik. 2 memberi wasiat; berwasiat: Sebelum meninggal ayah telah ~ kpd kami supaya berbaik-baik antara adik-beradik. memesan 1 memberi pesan (nasihat dll): Sudah dipesan oleh ibunya supaya tidak bermain-main di tepi lombong itu. 2 meminta sesuatu supaya disediakan atau dikirim; menempah: ~ buku meminta supaya buku dikirim. memesankan memesan sesuatu utk orang lain: Ibu ~ kakak beberapa helai kain. pemesan orang yg memesan (menempah).Kamus Pelajar
kod pesanan(order code)1. Nama lain untuk kod pengendalian atau kod perintah sistem. 2. Kod unik yang digunakan untuk mewakili pesanan dalam pangkalan data bagi urus niaga tertentu.Kamus Komputer
pesanan1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan);Kamus Dewan Edisi Keempat
baik-baik1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
pesan1. amanat (nasihat, permintaan, suruh­an, dll) yg diterima (diteruskan kpd orang lain): ia teringat ~ ayahnya supaya surat itu jangan diberi kpd tangan orang lain; ada ditinggalkan ~ sebelum ia berangkat tadi; 2. amanat (nasihat, wasiat, dll) yg penghabisan drpd orang yg akan meninggal: emaknya yg baru mati tidak sempat meninggalkan apa-apa ~ kepadanya; 3. permintaan barang utk dibeli, tempahan; ~ dituruti, petaruh dimalami, berserah berkehendak hati prb mem­percayakan sesuatu kpd orang dgn tidak per­caya bulat-bulat; berpesan 1. meminta supaya amanatnya (kehendaknya, nasihatnya, suruhannya, dll) diterima atau diteruskan kpd orang, memberi pesan (kpd): sebelum ia bertolak ia ~ kpd Kak Loyah supaya menjaga anaknya; 2. memberi nasihat (amanat, wasiat, dll) ketika hampir akan meninggal: sebelum ia meninggal ia ~ beberapa kali supaya Dewi berbanyak sabar dan bertenang; 3. membuat permintaan (utk membeli dll barang dagang­an), menyuruh membuatkan (menyediakan, mengirimkan), menempah: “Kek”, katanya ~, sebelum kuih tiba ia minum seteguk; ~ berturut, harap ada, percaya tidak prb tidak mempercayai sepenuh-penuhnya; memesan 1. memberi pesan (nasihat, arahan, dll): sejak dr rumah tadi ia sudah ~ anak-anaknya supaya jangan berenggang jauh; 2. meminta supaya dibawakan (dikirim, dibuatkan, dll), menempah: tidak lama kemudian pelayan tadi muncul pula dgn makanan dan minuman yg dipesan; ~ tempat menempah tempat; memesani berpesan (memesan) kpd: maka kata orang yg dipesani itu, “Baiklah”; memesankan 1. memesan kpd; 2. memesan (barang dll) utk orang: sudah saya pesankan tuan buku itu; 3. meminta (menerusi orang lain) supaya datang dll: apa maksud ~ saya ke mari? pesanan 1. pesan: ~ ibu tidak akan kami lupakan; 2. sesuatu yg dipesan (dipesankan); pemesanan perbuatan memesan (memesan­kan); pemesan orang yg memesan atau menempah (barang dll): ~ buku diharap akan mengirim wang harganya sekali.Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas