Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1. belah, sisi: ~ atas; ~ bawah; ~ kanan; ~ kiri; 2. arah, hala, jurusan: beberapa ekor kera yg besar datang dr segenap ~ mengelilinginya; 3. salah satu drpd dua kumpulan (golongan) orang yg berlawanan dlm peperangan (permainan, politik, dll): tidak diketahui ~ mana kawan dan ~ mana lawan; 4. termasuk dlm kumpulan (golongan) yg ber­lawanan: nanti akan nyata siapa ~ kawan dan siapa ~ lawan; 5. hal, perkara; pd ~ bkn hal; ~ berikat = ~ bersekutu negara-negara yg bersekutu dlm perang dunia kedua (Amerika Syarikat, Inggeris, dan Perancis); ~ berkuasa golongan atau orang yg mempunyai kuasa, pemerintah; ~ berkuasa tempatan badan yg bertanggungjawab mentadbir dan mengurus kemudahan awam di sesebuah daerah, bandar dsb, mis Majlis Perbandaran dan Dewan Ban­daraya dsb; ~ kedua orang (yg kedua) yg disebutkan kemudian dlm perjanjian; ~ ketiga a) orang lain yg tidak serta dlm perjanjian; b) golongan lain yg tidak berpihak dlm perseng­ketaan (peperangan dll); ~ pertama (kesatu) orang (yg pertama) yg disebutkan dahulu dlm perjanjian; ~ sana kumpulan orang dll yg termasuk pihak lawan dll; ~ sini kumpulan orang dll yg termasuk pihak kita; sepihak sebelah (pihak), satu sisi; pembatalan ~ pembatalan drpd satu pihak sahaja (perjanjian dll); berpihak, memihak menyebelahi salah satu pihak, memasuki salah satu kumpulan (go­longan): dia tidak ~ ke mana-mana; ia memujuk saya supaya memihak kepadanya; berpihak-pihak berpisah-pisah menjadi beberapa pihak, berasing-asing, bercerai-cerai; memihakkan 1. memasukkan dlm salah satu pihak; 2. mencerai-ceraikan menjadi beberapa pihak; 3. mengesampingkan, menyisikan; pemihakan perihal memihak pd sesuatu kumpulan (aliran): sumbangan utama al-Ghazali sebenarnya terletak pd ~nya kpd kelompok antifalsafah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pi.ha/] | ڤيهق

Definisi : 1 bahagian drpd sesuatu yg di tepi; kawasan atau ruang yg berhampiran dgn sesuatu; sisi: Ketika menonton itu, saya duduk di ~ kanannya. 2 satu drpd dua golongan atau kumpulan orang yg bertentangan pendapat: Kedua-dua belah ~ tidak mahu berdamai. 3 kumpulan orang yg merupakan satu kesatuan; golongan orang dlm sesuatu ikatan: ~ kerajaan telah mengambil langkah utk memelihara benih penyu supaya penyu tidak pupus sama sekali. berpihak, memihak menyokong atau menyebelahi sesuatu pihak: Dia memujuk saya supaya ~ kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pihak (kata nama)
1. Bersinonim dengan sisi: belah

2. Bersinonim dengan kumpulan: kelompok, pasukan, golongan, puak, regu,

Kata Terbitan : berpihak, memihak, berpihak-pihak,

Peribahasa

Ular berkepala dua.

Bermaksud :

Tidak tentu pihak mana yang diikuti; orang yang munafik. (Peribahasa lain yang sama makna: Sekerat ular, sekerat belut).

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
orang tengaha) orang yg menjadi pendamai bagi pihak-pihak yg berbalah; b) orang yg menjadi pengantara antara penge­luar barang-barang dgn pengguna; c) orang yg menjadi pengantara antara pihak-pihak dlm rundingan kahwin dll;Kamus Dewan Edisi Keempat
lobi II; melobi berusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia; lobi-melobi saling melobi antara satu dgn lain; pelobian perihal atau perbuatan melobi: kedapatan ~ yg sangat ketara menjelang hari pencalonan itu; pelobi pihak yg melobi.Kamus Dewan Edisi Keempat
berurus1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
musyawarahAr perundingan dgn pihak-pihak lain utk menyelesaikan masalah atau men­capai persetujuan: MBIM boleh mengadakan forum ~ kebahasaan antara Malaysia dgn Indonesia; kesediaan menyelesaikan masa-lah secara ~ dgn perasaan terbuka dan ber-tolak ansur; bermusyawarah berunding, bermesyuarat: satu ciri yg ketara dlm masyarakat timur ialah konsep gotong-royong dan ~ utk menye-lesaikan masalah.Kamus Dewan Edisi Keempat
melobiberusaha utk mempengaruhi pihak-pihak yg berkuasa bagi mendapatkan sesuatu spt sokongan: kegiatan ~ dilakukan di seluruh dunia;Kamus Dewan Edisi Keempat
urus; berurus 1 berhubung dgn pihak-pihak tertentu utk menyelesaikan sesuatu perkara. 2 dijaga dgn baik; bersusun rapi: Rambutnya spt tidak ~. mengurus 1 menjaga baik-baik supaya selamat dll; mengatur; mengemas: Seseorang isteri harus tahu ~ rumah. 2 menyelenggarakan supaya berjalan dgn baik (bkn perniagaan, kerja dll): Abangnya yg tualah yg ~ perniagaan di kedai itu. terurus dpt atau sudah diurus; terpelihara; terselenggara dgn baik: Pakaiannya tidak ~. urusan 1 sesuatu yg diurus: Ia tidak dpt pergi ke majlis itu kerana ada ~ penting di tempat lain. 2 perkara; soal: Ia ke Pulau Pinang kerana ~ wang. ~ peribadi hal-hal yg berkaitan dgn diri seseorang; ~ rumah tangga segala perkara yg berkaitan dgn rumah tangga. berurusan 1 mempunyai urusan (dgn); mempunyai hubungan dagang dsb (dgn): Setiap hari, dia ~ dgn penduduk-penduduk di situ. 2 mengerjakan (menjalankan, melakukan dsb) sesuatu: Hanya yg ~ saja yg dibenarkan masuk. 3 ada sesuatu perkara dsb yg harus diselesaikan: Dia balik ke kampung kerana ~ dgn kaum keluarganya. pengurusan perbuatan atau hal mengurus sesuatu (syarikat, badan perniagaan dll): ~ perniagaan kain itu dijalankan oleh anaknya sendiri. pengurus 1 orang yg mengurus: ~ syarikat itu bergaji RM3,000/- sebulan. 2 ketua atau pemimpin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kelewatankeadaan atau hal lewat; kelambatan: ~ pihak-pihak tertentu menyebabkan rancangan itu tergendala.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menggagalkanmenjadikan tidak berhasil; menjadikan gagal: Ada pihak-pihak tertentu yg berusaha utk ~ rundingan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
penyiasatanperbuatan menyiasat (me­nyelidik), pemeriksaan, penyelidikan: pihak­-pihak berkuasa cuba mengadakan ~ tentang harta, tanggungan, dan pendapatan ahli­-ahli yg hendak meminjam;Kamus Dewan Edisi Keempat
persendirianperihal bersendiri (tidak ditolong bantu oleh pihak-pihak lain), perseorangan: sumbangan terbesar kpd perkhidmatan sosial datang drpd sumber-sumber ~ dan bukan drpd kerajaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas