pik | kep pikul (ukuran berat yg besarnya 100 kati). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
piktografi | sistem tulisan yg menggunakan piktograf. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
oceh | (océh) Jk; mengoceh 1. berbunyi (burung), berkicau; 2. bercakap yg tidak keruan (bukan-bukan), berceloteh, mengobrol, merapik, mericau: ia terkekeh-kekeh lalu berkata tidak keruan dan ~ ke sana-sini; mengocehkan mengatakan sesuatu dgn tidak tentu pokok pangkalnya: Tarman yg tidak berpuas hati terus ~ hal itu lagi; ocehan1. kicauan: sukarlah baginya utk memahami ~ burung itu; 2. kata-kata tidak keruan (bukan-bukan), celoteh, ricauan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
selampai I | 1. kain sutera yg dipakai di bahu atau dikalungkan di leher (dlm istiadat ke-rajaan), tetampan; 2. Jk sapu tangan, selam-pik; menyelampai memakai selampai (tetampan dll) di bahu, menyebai selampai dll di bahu: hulubalang delapan di kiri, delapan di kanan masing-masing ~ selendang kain kuning; menyelampaikan menyebaikan (mengenakan) selampai (selendang dll) di bahu; terselampai tersebai, tergantung, tergayut: maka dgn tiba-tiba terpandanglah olehnya tangan orang ~ di alang kedai itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menolak | 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu menerima (meluluskan, mengabulkan, membenarkan), tidak membenarkan (pendapat), menampik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memperlihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, membuang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menentang | 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angina; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harimau | sj binatang mamalia yg buas (rupanya spt kucing); jenis-jenisnya: ~ akar = ~ dahan, Neofelis nebulosa; ~ belang, Panthera tigris; ~ bintang = ~ kumbang, Panthera pardus, dll; ~ akuan harimau jadi-jadian, cenaku, kembering; ~ tanpa gigi orang yg telah tiada kuasanya lagi: saya akan buktikan yg MPPJ bukan ~ tanpa gigi; bagai ~ kelaparan ki sangat ganas; ~ ditakuti sebab giginya prb orang yg berpangkat itu ditakuti kerana ada kuasanya; ~ mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading prb orang yg berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati; ~ mati kerana belangnya prb perihal mendapat kecelakaan kerana mempertahankan kemegahannya; ~ mengaum tak akan menangkap = ~ bertempik tak akan makan orang prb orang yg marah dan berteriak-teriak biasanya tidak sampai memukul; anak ~ diajar makan daging prb orang yg zalim digalakkan membunuh; anak ~ tak akan menjadi anak kambing prb orang yg berani tak akan jadi penakut; bagai ~ beranak muda prb perihal orang yg sangat bengis (garang dll); spt ~ menyembunyikan (menyorokkan) kuku prb orang berpengetahuan yg menyembunyikan pengetahuannya; sudah masuk ke dlm mulut ~ prb sudah pasti binasa; mengharimaui memarahi (memberangi) dgn menengking-nengking dll, memperlakukan dgn kejam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tolak | 1. dorong, sorong; kereta (gerabak, pedati) ~ kereta dll sorong; wang ~ wang suap (sogok); 2. kurang, potong; kira-kira ~ kira-kira bkn mengurangi angka; tanda ~ tanda utk mengurangkan (-); ~ ansur = ~ raih saling menuruti (memberi); ~ bahara (bara) pemberat sbg pengimbang dlm perahu; ~ bala penangkal bahaya (bencana, penyakit, dll) dgn doa, kenduri utk menjauhkan bencana dll; ~ balik a) pulang pergi; b) menghantar kembali (barang-barang dll); ~ senjata sl wang atau pemberian-pemberian yg lain yg diberikan oleh penduduk kpd musuh supaya jangan dilanggar (diganggu dll); ~ sumpah Mn sj hiasan kalung (dokoh); ~ tepi ditinggalkan dan tidak dipedulikan, tidak masuk kira; bertolak 1. berangkat, belayar: kami ~ dgn perahu besar esok paginya; 2. pergi, beralih dr, pergi meninggalkan, berangkat: dia ~ petang ini dr Lapangan Terbang Subang; 3. bermula (dgn sesuatu sbg asas), berpunca, berpangkal: sistem sosialis ~ drpd pendapat bahawa nasib rakyat hanya boleh dibaiki kalau kerajaan campur tangan dlm ekonomi; definisi pula perlu ~ drpd dua sudut pandangan; ~ ansur saling menuruti (memberi), berkom-promi; ~ belakang (dgn) berpisah dan saling membelakangi (spt seorang ke utara seorang lagi ke selatan); ~ pinggang Jk bercekak pinggang; ~ punggung berangkat pergi; bertolak-tolak Mn saling membebankan orang lain (kesalahan, pekerjaan, dll), saling melepaskan tanggungjawab; bertolak-tolakan saling menolak antara satu sama lain: orang ramai berasak-asakan dan ~ utk membeli tiket perlawanan akhir bola sepak pd malam itu; menolak 1. mendorong, menyorong: mereka datang beramai-ramai ~ motokar saya hingga selamat; 2. mencegah (bahaya dll), mengelakkan atau menangkis (serangan dll), menangkal (penyakit dll): ~ serangan musuh; ~ bencana bah; 3. tidak mahu menerima (meluluskan, mengabulkan, membenarkan), tidak membenarkan (pendapat), menampik: pinangannya ditolak orang; rezeki jangan ditolak; pendirianmu itu saya tolak keras; mazhab purisme bahasa memperlihatkan kecenderungan ~ unsur asing; 4. = menolakkan menghalau, mengusir: isterinya ditolak dr rumahnya; 5. mengurangi, membuang, memotong: ia hanya menerima beberapa ratus ringgit sahaja drpd gajinya apabila ditolak cukai pendapatan dan hutang-hutangnya; harga ini boleh ditolak sedikit boleh dikurangi sedikit; ~ bala menjauhkan bala dgn berdoa dll; ~ tuah melepaskan peluang yg baik; tolak-menolak bertolak-tolakan; menolakkan 1. mendorongkan, menyorong-kan: maka dibawanya Sang Naya ke atas kota tinggi lalu ditolakkannya keluar; 2. membebankan pekerjaan (tanggungjawab): jangan ditolakkan kesilapan itu kpd orang lain, awak sendiri yg bertanggungjawab; 3. mengurangkan, membuangkan, memotong; tertolak dapat atau berupaya menolak: dia tidak ~ seorang diri keretanya yg rosak di tepi jalan; tolakan 1. desakan ke depan, dorongan, sorongan; 2. sesuatu yg sudah ditolak, tampikan; 3. potongan, surutan (harga dll); penolakan perihal (perbuatan dsb) menolak(kan), penampikan, penangkalan, penang-kisan, pencegahan, pengurangan: ~ pemakaian tenaga atom dlm peperangan; penolak sesuatu yg menolak, alat utk menolak, penangkal, penangkis, pencegah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tentang | 1. = di tentang berhadapan dgn, betul-betul di depan (di muka), dekat di sebelah ..., berseberangan dgn: ~ sebuah potret yg tergantung di dinding ia berdiri diam-diam, memandang tenang-tenang; 2. lurus di atas, tepat di atas: surat drpd Khadijah, yg mengaku sahabat Hayati ini, laksana sebuah bom yg meletus di tentang kepalanya; 3. lebih kurang pd, kira-kira pd (di): maka Upu Daing Perani pun kenalah peluru meriam ~ dadanya; 4. = tentangan Mn terhadap, berkenaan: mereka memberikan perhatian ~ Bahasa Kebangsaan; 5. hal ..., perkara ...: kedua-dua syeikh itu berbahas ~ masalah akyan sabitah; 6. berkenaan dgn, berkaitan dgn, darihal, mengenai: Datuk Ujang sendiri masih samar-samar ~ apa yg dimaksudkan oleh kata-kata gadis itu; 7. akan ..., dlm hal: buku ini tidaklah lengkap, sama ada ~ isi baik pun ~ pen-jelasan isinya; di ~ langit, langit, di ~ bumi, bumi prb orang yg lemah sekali dan tiada tempat berharap;setentang berhadapan benar dgn, betul-betul di hadapan (di atas): rumah dia ~ benar dgn rumah saya; bersetentang, bersetentangan berada betul-betul berhadapan (di atas): beliau mengangkat mukanya dan memandang muka bapanya yg ~ di hadapannya; bertentang 1. berhadapan (dgn), bertemu hadap: dia berdiri tegak ~ dgn muka pintu yg terkatup rapat itu; 2. menghadap (ke), menghala (ke): buat jalan dr bawah tanah itu sampai ~ ke bawah rumahnya itu; ~ mata a) berhadapan muka, berpandang-pandangan; b) bertemu muka; bertentangan 1. = ~ dgn = bertentang-tentangan berhadap-hadapan, berhadapan: dia duduk ~ dgn aku; 2. sl berdekatan dgn: setelah itu maka sampailah kapal itu ~ dgn Gunung Sailan; 3. berlawanan (arah, kedudukan, dll): arah yg ~; sudut yg ~; 4. berlawanan, bermusuhan: mungkin kita dgn mereka kadang-kadang bergaduh dan ~, tetapi dgn mereka juga kita mesti makan, bekerja serta bermain-main; 5. tidak sesuai (cocok, selaras) dgn, bersalahan dgn: tiap-tiap kebebasan seseorang itu akan ~ dgn kebebasan seseorang yg lain; 6. berselisih (faham, pendapat, dll): kami berdua jarang ~ pendapat; menentang 1. memandang tepat-tepat pd, menatap: rupanya pun terlalu amat elok spt bulan purnama, gilang-gemilang, tiada dapat ditentang nyata; 2. mengarahkan pandangan kpd, melekatkan pandangan kpd: lapang hatinya dapat ~ wajah Dang Kenanga yg selalu tersenyum; 3. memberi perlawanan kpd, melawan, memerangi: mereka sedang ~ keganasan; 4. tidak menyetujui (pendapat, usul, perintah, dll), membangkang, menampik, mendaga, menolak (cadangan dll), menyanggah: dia menggunakan kesempatan yg baik ini utk ~ ajaran Hamzah; semua pekerja ~ peraturan-peraturan yg tidak berperikemanusiaan; 5. tidak mematuhi (undang-undang dll), menyalahi (aturan): barang siapa yg didapati ~ peraturan-peraturan bekerja ini akan didera; 6. menghadapi atau dgn sengaja menjumpai bahaya (bencana dll), menempuh (bencana): ~ marabahaya; 7. menghadapi, menjelang: hidup ~ mati; 8. mengarah, menuju: belayar ~ pulau; 9. menyongsong (angin, ombak, dll): belayar ~ angin; jangan ditentang matahari condong prb jangan dinanti atau dicari kemurkaan raja-raja atau kemarahan orang yg berkuasa; menentangi 1. menjumpai (bahaya, kesulitan, dll), menempuh, menghadapi: mereka sedikit pun tidak gentar ~ ancaman drpd pihak musuh itu; 2. melawan, memerangi; menentangkan menghadapkan, membawa ke muka: maka dihunusnya oleh Laksamana, lalu ditentangkannya di hadapan Seri Betara, lalu dipakainya; mempertentangkan menjadikan bertentangan (berlawanan), menyemukakan: Baharum Rangkuti yg ~ seni dgn propaganda; tertentang 1. dapat dilihat (dipandang), terlihat, terpandang; 2. dapat dilawan (disanggah), terlawan; tiada ~ mata a) tidak dilihat (dipan-dang); b) = tidak ~ muka tidak berani ber-hadapan muka; tentangan 1. darihal, tentang; 2. apa yg dipertaruhkan (dlm perjudian dll), imbangan, padahan, pasangan: kalau aku kalah, rumahkulah ~nya; 3. yg menjadi bandingan (imbangan): Pulau Pinang telah memberi-kan satu ~ hebat kpd Selangor dlm permainan bola sepak bulan sudah; 4. perlawanan, penampilan, sanggahan: ajaran wujudiyah Hamzah dan Shamsuddin telah mendapat ~ hebat drpd Nuruddin ar-Raniri; 5. (tempat dll) yg bertentangan dgn, (di) seberang, hadapan;pertentangan 1. perihal bertentang, perlawanan: ~ terhadap penjajahan barat; 2. perihal bertentangan, perselisihan (yg amat sangat), pertikaian (pendapat dll): orang Yunani memang mempunyai ~ politik dgn orang Turki; penentangan perihal (tindakan dsb) menen-tang, penolakan, perlawanan: tentera Belgium tidak menerima apa-apa ~; penentang (orang dll) yg menentang: aku mahu semua orang tahu kita ~ pendapat Wan Umar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |