Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pinda
Kata Terbitan : meminda, pindaan,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pinda; meminda membetulkan (kesalahan dll), membaiki, mengubah: undang-undang ini telah dipinda; pindaan 1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb; pemindaan hal atau perbuatan meminda: ~ yg memberi hak “mengawal, mengehadkan atau menahan,” tetapi bukannya melarang kemasukan orang-orang asing; peminda pihak atau orang yg meminda se­suatu, spt peraturan, garis panduan dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
pindaan1. sesuatu yg dibuat utk meminda, hasil meminda: jawatankuasa pilihan ini berkuasa juga membuat ~ ke atas rang undang-undang itu, jika dianggap perlu; 2. (Udg) perubahan yg dibuat terhadap dokumen undang-undang dgn pelbagai cara, sama ada dgn penukaran, penggantian, pengguguran, penambahan dsb;Kamus Dewan Edisi Keempat
mewartakan1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perbaikan1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu;Kamus Dewan Edisi Keempat
tertakluk1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara.Kamus Pelajar Edisi Kedua
takluk1 tunduk kpd sesuatu pemerintah, kuasa dll; mengaku taat: Telah kedengar­an kpd Benua Siam bahawa Melaka tiada ~ kpdnya. 2 (kawasan, negara) yg telah ditundukkan; jajahan: negara ~ kerajaan Siam. menakluk menyerang dan mengalahkan; menundukkan: Askar-askar itu kemudian telah berjaya pula ~ beberapa buah negeri lain. tertakluk 1 telah dikalahkan dan dikuasai: Istanbul telah ~ oleh Turki sejak tahun 1453. 2 bergantung pd: Semua rancangan itu ~ pd pindaan. 3 wajib patuh atau wajib taat pd: Semua rakyat ~ pd undang-undang negara. taklukan orang atau se­suatu yg telah ditakluk. penaklukan hal (perbuatan dll) menakluk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
wartaberita; khabar. ~ berita bermacam-macam berita. ~ harian surat khabar yg diterbitkan setiap hari. ~ kerajaan risalah yg diterbitkan oleh kerajaan utk menyiarkan undang-undang dll yg telah disahkan. mewartakan 1 memberitahukan: Wakil kita ~ bahawa persidangan itu telah berakhir. 2 menyiarkan sesuatu dlm warta kerajaan: Pindaan kpd peraturan itu belum diwartakan lagi. pewarta orang yg memberitakan; pemberita. wartawan orang yg kerjanya menulis rencana atau berita utk surat khabar dll: ~ bebas wartawan yg bebas menulis utk sebarang akhbar atau majalah. kewartawanan segala hal yg berkaitan dgn penerbitan dan penulisan surat khabar, majalah dll.Kamus Pelajar Edisi Kedua
oleh(oléh) 1. (kata sendi nama) utk menunjuk­kan pembuat dlm ayat-ayat pasif: daerah yg ditawan ~ musuh; ditimbus ~ tanah longsor; 2. sebab, akibat, kerana: ~ tiada jalan lain hendak menyelamatkan dirinya, ia mencuba hendak terjun ke dlm air; mati ~ kerisnya sendiri; 3. pada, bagi, untuk: tampak ~nya se­orang tua berjalan di tengah-tengah sawah­nya; 4. (ke) pada (yg menyatakan hubung­an keluarga): ia pun sepupu juga ~ tuan; ia anak yg satu-satunya ~ pak cik saya; 5. dengan: pokok-pokok yg lebat ~ buah; dewan yg penuh sesak ~ orang ramai; ~ itu = ~ sebab itu = ~ yg demikian lantaran itu; beroleh 1. mendapat, menerima: ~ anak lelaki; ~ kebajikan; ~ kesenangan; 2. sl boleh, dapat: ~ selamat sempurnalah anak­anda drpd sekalian bencana; memperoleh mendapat, menerima (men­capai, menemui, dsb) dgn ikhtiar atau usaha: sagu diperoleh drpd pokok rumbia; kanak-kanak ~ kemahiran sedikit demi sedikit; keuntungan yg diperolehnya berlipat ganda; pemerolehan perbuatan (usaha, kegiatan, dsb) memperoleh; pemeroleh pihak (orang, firma dsb) yg mem­­peroleh sesuatu: pindaan itu memboleh­kan pihak yg berkenaan memindahkan hak milik tanah kpd mana-mana ~ menerusi perakuan pemberian hak;perolehan sesuatu (barang, hasil, dll) yg di­peroleh: ~ padi tahun ini lebih baik drpd tahun lalu.Kamus Dewan Edisi Keempat
baik1. memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca, dsb), elok (lwn buruk): yg ~ dipakai, yg buruk dibuang; buku ini ~ dibaca oleh kanak-kanak; 2. memuaskan hati dr segi rupa (mutu, kegunaan, dll), elok: cantuman baka yg ~; mendidik anaknya dgn ~; 3. tidak jahat (kelakuan dll): ~ budi pekertinya; 4. pulih, sembuh: lukanya belum ~; 5. sangat sesuai dan rapat (bkn perhubungan, persahabatan, dsb): dia berkawan ~ dgn Aminah; 6. = baiklah ya (menyatakan persetujuan): ambil buku itu! B~ mak; 7. biar, walau; ~ kawan mahupun (ataupun) lawan biar kawan, biar lawan; ~ hati suka menolong, mudah simpati dan pengasih; ~ sangka rasa muhibah; buat ~ berpada-pada, buat jahat jangan sekali prb membuat pekerjaan baik janganlah berlebihlebihan, tetapi pekerjaan jahat jangan sekalikali dibuat;baik-baik 1. (sbg pesanan) berjaga-jaga dlm melakukan sesuatu, hati-hati: pandulah ~ kerana jalan itu bengkang-bengkok; 2. dgn rapi (menjaga atau memelihara sesuatu): simpan barang ini ~; 3. dgn teliti (melakukan sesuatu): tali itu diikatkan ~ supaya tidak tanggal; baca ~ perenggan ini;sebaik 1. serupa baik dgn, sama baik dgn: penselmu tidak ~ pensel saya; 2. = sebaik-baik demi, serta, baru saja: pencuri itu kena tangkap ~ saja ia memasuki rumah orang;sebaiknya yg baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya: ~ engkaulah yg bercakap dgn cikgu;sebaik-baiknya 1. yg paling baik dan patut dilakukan, seelok-eloknya; 2. yg amat (sangat) baik: kesempatan mencari keuntungan ini diambil ~ oleh orang asing;berbaik, berbaik-baik tidak bermusuhan (bertengkar dll): orang kampung tertanya-tanya mengapa dia ~ dgn orang yg sejahat itu; ~ semula berdamai;berbaiki sl = membaiki: bendahara pun mengerahkan sekalian orang berlengkap dan ~ alat;membaik = membaik pulih;membaiki membetulkan: jalan-jalan dijaga dan dibaiki oleh kerajaan; jikalau tiada dapat dibaiki, jangan dipecahkan prb janganlah kita kusutkan pekerjaan yg tidak dapat kita selesaikan;membaikkan 1. membuat jadi baik, memulihkan; 2. menganggap lebih baik: dia ~ kelakuan anaknya; 3. mendatangkan kebaikan (faedah dll) kpd; serta sepucuk suratdiberi, ~ maksud paduka seri utk membawa faedah bagi maksud paduka seri;memperbaik menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu;memperbaiki sl berbuat baik kpd: Tuanku segala anak cucu patik sedia akan jadi hambalah Kebawah Duli Yang Dipertuan, hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu tuan hamba;kebaikan 1. perbuatan baik: apabila dia membuat sesuatu ~, sentiasa dipertalikannya dgn ayahnya, kerana ayah, utk ayah; 2. sifat baik: tidak sanggup saya membalas ~ budinya; 3. faedah: di kampung-kampung kerajaan membuat jalan-jalan baru utk ~ rakyat;perbaikan 1. perihal (keadaan dsb) menjadi bertambah baik, perihal makin baik; 2. hasil membaiki: segala usul, pindaan, dan ~ dgn ulasannya secepat-cepatnya disampaikan kpd pakar; buku ini merupakan ~ buku-buku jenisnya yg terdahulu;pembaikan perihal (perbuatan, usaha, dsb) membaikkan atau membaiki; ~ tanah perbuatan membaiki tanah supaya lebih subur;pembaik orang yg (kerjanya) membaiki (membetulkan sesuatu): ~ kereta.Kamus Dewan Edisi Keempat
tulis; batu ~ a) papan batu (utk menyurat); b) = batu bertulis batu bersurat, prasasti; bilik ~ bilik tempat menyurat (membaca dll); buku ~ = kitab ~ buku kosong utk menyurat; kain ~ kain batik; kapur ~ kapur utk menyurat pd papan hitam dll; mesin ~ alat untuk menaip, mesin taip; spt ~ di atas air prb nasihat yg baik itu tidaklah berguna kpd orang yg memang jahat; bertulis ada tulisannya, sudah ditulis, bersurat: surat yg ~ dgn huruf Jawi; batu ~ batu tulis; ~ tangan disurat dgn tangan; menulis 1. mencatat kata-kata dgn huruf dan memakai pena (kalam, kapur, pensel, dll), menyurat: pd masa kanak-kanak berada di dlm darjah satu, mereka mulai belajar ~; 2. melahirkan perasaan (fikiran dll) dgn catatan yg memakai huruf, membuat surat, mengarang: tiada empat orang dlm negeri ini yg tahu ~ spt tuan ini; jika yg ditulis oleh­nya berlawanan dgn yg sebenarnya sudah tentu ia akan merupakan racun yg amat berbahaya; 3. sl membuat gambar, meng­gambar, melukis: laksana gambar baru di­tulis; 4. membuat kain batik (dgn tangan), membatik; tulis-menulis perihal menulis (mengarang dll), karang-mengarang; menulisi menulis (menyurat) pd: jangan ditulisi buku ini; menuliskan 1. menulis sesuatu di, mencatat­kan: dia meminta kertas drpd jururawat, lalu ~ namanya; 2. menggunakan sesuatu utk menulis, menulis dgn (pensel dll): bagaimana hendak ~ pensel yg tumpul ini? 3. men­cerita­kan dgn menulis, mengarangkan, me­nyurat­kan: cerita ini kutuliskan secara roman sejarah; 4. menulis (mengarang, menyu­rat) utk orang lain: dia meminta saya ~nya sepucuk surat; 5. membuatkan gambar (peta dll), menggambarkan, melukiskan: inilah waktu baik engkau tuliskan peta negeri Judah ini; tertulis telah atau sudah ditulis, tercatat, tersurat: harga yg ~ pd peti itu ialah RM7.50 sen; tulisan 1. hasil drpd menulis, sesuatu yg di­tulis, cara menulis: rupa ~mu spt cakar ayam; dgn ~ dgn ditulis (tidak dgn kata-kata); 2. hasil sastera (dlm bentuk prosa atau puisi), karangan: pernahkah dia membaca ~ Bertrand Russell? 3. sl sesuatu yg digambar­kan, gambaran, lukisan; 4. kain yg dibatik (bukan dicetak), batik; 5. sesuatu yg ditakdir­kan, nasib, suratan; ~ cepat Id trengkas; ~ Jawi tulisan yg mema­kai huruf-huruf Jawi; ~ nasib suratan takdir; ~ Rumi tulisan yg memakai huruf-huruf Rumi; ~ tangan tulisan yg ditulis dgn tangan (tidak ditaip atau dicetak); penulisan perihal atau kegiatan dsb menulis (mengarang dll), hasil drpd menulis (menga­rang dll): dlm usaha meringankan hikayat ini saya telah mengikuti gaya ~ yg asal; versi 1965 ialah ~ kembali teori asal dgn beberapa pindaan dan tambahan; penulis 1. orang yg menulis: siapa ~ surat ini? 2. pengarang (novel, cerpen, dll), penyair, penyajak: hampir semua orang yg hadir pd majlis itu ialah wartawan dan ~ belaka; 3. panitera, setiausaha, sekretaris; ~ cepat jurutrengkas; 4. sl orang yg melukis (meng-gambar), penggambar, pelukis: setelah dilihat oleh segala Keling ~ itu, maka sekaliannya hairan; ~ tamu tokoh khas yg diundang oleh sesebuah institusi, badan dsb utk menghasilkan karya tulisan yg berupa novel, puisi dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas