Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : sj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ping.gan] | ڤيڠݢن

Definisi : bekas yg bundar leper dan lebih besar drpd piring (dibuat drpd tembikar, kaca dll) utk tempat makanan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pinggan

Puisi
 

Bahulu dalam pinggan,
     Tiga hidangan roti raji;
Jangan malu jangan segan,
     Kita sudah suami isteri.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Kasih sepantun tulisan pinggan.

Bermaksud :

Kasih yang tak hilang-hilang.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lombong1. dalam (pinggan, mangkuk, dll), jeluk; pinggan ~ pinggan dalam; 2. lubang dlm tanah tempat menggali bijih logam, tam-bang; ~ dedah (Geo) lombong yg lubangnya besar dan terbuka ke atas (dikerjakan dgn meng­gunakan kapal korek dan bomba palung); ~ tebuk lombong yg lubangnya tegak atau melintang dan sangat dalam (utk menggali timah sampai ke uratnya); anak ~ pekerja lombong; melombong menggali lombong utk men­dapatkan bijih logam: kapal korek diguna­kan utk ~ bijih timah di kawasan yg besar­-besar; perlombongan 1. pekerjaan melombong: jabatan itu akan membimbing orang Melayu dlm lapangan ~; 2. tempat melombong: di negeri itu terdapat tanah ~ yg kaya; pelombong orang yg mengusahakan lom­bong, tuan punya lombong: bijih timah menyebabkan ramai ~ dan saudagar ber­tumpu ke sana.Kamus Dewan Edisi Keempat
kerang IIark; batu ~ batu karang; pinggan ~ pinggan kasar; kerang-kerangan batu yg disusun (dibaris­kan) menjadi titian (pd tempat yg lecak atau berlumpur); ®karang I.Kamus Dewan Edisi Keempat
berselerak1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna);Kamus Dewan Edisi Keempat
selerak(selérak); berselerak 1. bersebar, ber-sepah, berserak: dia melangkah kembali dan mengutip pinggan-pinggan yg masih ~ itu; jamuan ~ jamuan yg tetamunya mengambil sendiri makanan (dan bebas ke sana ke mari); 2. ki terdapat di mana-mana, bertaburan: syarikat penerbangan itu mempunyai wakil yg ~ di seluruh dunia; 3. tidak selari (cahaya); 4. terurai (dlm pelbagai warna); berselerakan bertaburan, bersebaran; menyelerakkan menjadikan berselerak, menyebarkan (ke merata-rata tempat); terselerak 1. tersebar (ke merata-rata tem­pat); 2. terbias ke sana ke mari (cahaya); 3. terurai kpd pelbagai warna (setelah terbias); penyelerakan perihal menyelerakkan (be­nih dll), penyebaran.Kamus Dewan Edisi Keempat
retak1. garis yg nampak pd benda keras (pinggan dll) yg menunjukkan ia akan pecah atau belah: ~ pd pinggan itu makin menjadi besar; 2. mempunyai garis yg menunjukkan akan pecah atau belah: pinggan-pinggan yg sudah ~ itulah yg digunakan setiap hari; 3. ki ada kekurangannya (tidak sempurna), cacat cela: kerja-kerja yg dibuatnya itu terlalu banyak ~nya; 4. ki ada perbalahan (per­selisihan dll) yg boleh menimbulkan per­pecahan (per­ceraian dll), sudah tidak se­muafakat lagi: dia tidak mahu kasih sayang mereka menjadi ~ kerana perbuatannya itu; 5. = ~ tangan a) rajah tangan, suratan tangan; b) nasib badan: manusia ini dilahirkan dgn cara yg sama tapi ~ tangannya berlainan; ~-~ mentimun Mn retak halus-halus hanya di luar sahaja (barang pecah belah); ~-retai banyak retaknya; ~ seribu a) banyak retak­nya; b) sj corak kain batik moden Malaysia; ~ batu prb tidak didamaikan lagi (perselisihan dll); ~-~ bulu ayam prb mudah didamaikan (perselisihan dll); ~ menanti (mencari, tanda akan) pecah (belah) prb a) perkara kecil yg akan menjadi besar; b) hanya tinggal me­nantikan timbulnya malapetaka yg lebih besar (pergaduhan, kematian, dll); ~ pertujuh Mn prb perasaan hati yg hancur (kerana tersangat merindu); bukan di ~ panas prb Mn bukan sia-sia atau dusta (sesuatu telahan); meretak menjadi retak, mulai retak; meretakkan menjadikan retak, menyebab­kan retak: cahaya matahari ~ genting-genting atap; isu Cyprus telah lama ~ hubungan antara Greek dgn Turki; retakan garis yg menunjukkan akan pecah, retak; keretakan perihal retak: ~ pd dinding bangunan itu semakin hari semakin melebar; telah berlaku ~ dlm rumah tangga itu; peretakan perihal (proses, perbuatan dsb) meretak atau meretakkan: lekukan gerak bumi berlaku disebabkan oleh proses pe­lendutan, pelenturan dan ~ kerak bumi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinggansj alat atau bekas drpd tembikar dll, biasanya berbentuk bulat leper spt piring tetapi lebih besar (utk makan nasi dll); ~ hidang pinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa; ~ jorong pinggan yg bulat panjang; ~ kerang pinggan kasar; ~ lingkar pinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar); ~ makan pinggan yg digunakan utk makan hidangan utama spt nasi dsb; ~ mangkuk perkakas atau alat-­alat makan minum (piring, cawan, mangkuk dll); ~ tak retak nasi tak dingin prb cermat melakukan sesuatu pekerjaan; spt ~ dgn mangkuk, salah sedikit hendak berhantuk prb perselisihan antara suami isteri atau kaum keluarga itu sudah menjadi perkara biasa.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinggan hidangpinggan berbentuk bulat atau bujur yg lebih besar drpd pinggan biasa;Kamus Dewan Edisi Keempat
rakaretak dan hampir pecah atau patah (kayu, pinggan, dll): pinggan itu ~, hanya menanti pecah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pinggan lingkarpinggan besar tempat makan raja-raja (orang besar-besar);Kamus Dewan Edisi Keempat
pinggan kerangpinggan kasar;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas