pintas(bypass) | Laluan selari bagi satu unsur di dalam litar yang membolehkan isyarat terus bergerak walaupun laluan utama terhalang. | Kamus Komputer |
pintas; jalan ~ | jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong:Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. | Kamus Pelajar |
pintas | ; jalan ~ jalan yg dekat. memintas 1 melalui atau mengikut jalan yg paling dekat: Supaya lekas sampai, baik kita ~ kebun getah ini. 2 mendahului orang lain dgn bergerak lebih cepat dr belakang; memotong: Dia telah ditahan polis kerana ~ lori di selekoh yg tajam. 3 menyekat atau mengepung perjalanan orang: Orang-orang Bugis telah ~ mereka dr darat. pintasan 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. pemintas sesuatu yg memintas. sepintas; ~ lalu 1 sekali lalu atau sambil lalu saja; tidak memandang atau tidak mengamati dgn sungguh-sungguh. 2 tidak bersungguh-sungguh mengkaji atau mempelajari sesuatu; secara ringkas saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pintas | ; jalan ~ jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; sepintas; ~ lalu a) sambil lalu, sekali lalu: dapat juga abang kenal tokoh ulama India ini ~ lalu; b) selayang pandang, sebentar sekali; c) tidak bersungguh-sungguh, tidak mendalam (membaca, mengkaji dll): ia telah mengkaji perkara itu ~ lalu sahaja; d) secara ringkas sahaja (huraian, penjelasan, tinjauan dll): tiap-tiap perkara itu diberinya penjelasan kadar ~ lalu; memintas 1. melalui (menempuh) jalan yg paling dekat: utk menjimatkan waktu, mereka ~ di kawasan itu; 2. menyeberang jalan dll, merentas jalan dll: mereka ~ arah ke selatan padang itu; 3. = memintasi memotong (menghalang) perjalanan orang: sesetengah orang-orangnya hendak lari ke hulu, maka dipintasi oleh Bugis dr darat; 4. menyelang (perbualan, percakapan, dll) orang: “manalah aku tahu,” Karim cepat-cepat ~; 5. = memintasi mencegah atau menghalang (cita-cita, maksud, serangan musuh dll); 6. = memintasi melintasi, melalui, menjalani, mengatasi: ~ segala kesulitan; memintaskan sl memintasi, mengatasi; pintasan 1. jalan yg paling dekat, jalan pintas; 2. penyeberangan jalan; kepintasan telah dipintasi (dilalui, dicegah, dll); pemintasan 1. perbuatan memintas (memintasi); 2. Mn tempat harimau selalu kelihatan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalan pintas | jalan yg dekat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
litar pintas | ist sambungan elektrik di antara dua titik dlm litar yg mempunyai rintangan rendah berbanding dgn bahagian lain dlm litar, yg menyebabkan litar elektrik terputus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jalan pintas | jalan yg paling dekat: kerana takutkan tentera Jepun yg berkawal di kota itu, maka kami telah mengambil jalan ~ di pinggir kota; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
litaran pintas | (Kej) kesalahan yg menyebabkan jalan arus elektrik menjadi pendek kerana penebat yg rosak; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lintas pintas | selalu pergi datang (keluar masuk dll), lalu-lalang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintasan | 1 jalan pintas. 2 titik atau tempat sesuatu garisan memintas salah satu paksi dlm graf. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |