gerbang II | 1. = pintu ~ pintu besar yg di sebelah atasnya kedapatan satu binaan melengkung, gapura; 2. ki alam: memasuki ~ perkahwinan; 3. (Komp) portal. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelangsar | dpt bergerak dgn lancar: pintu ~ pintu yg dpt dibuka (ditutup) dgn menolaknya ke kiri atau ke kanan. menggelangsar 1 bergerak dgn lancar; meluncur. 2 jatuh ke muka; menggelincir jatuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kepak | 1. sayap: ayam jantan itu mengibar-ngibarkan ~nya; ~ burung; ~ kupu-kupu; 2. bahagian sesuatu yg menyerupai sayap; ~ pintu daun pintu; berkepak 1. mempunyai kepak, bersayap (burung, agas, dll): setengah-setengah haiwan yg ~ tidak dapat terbang; ada burung yg ~ besar dan ada yg ~ kecil; 2. berdaun (bkn pintu, tingkap): pintu ~ dua; 3. = berkepak-kepak mengibarkan kepak (spt ayam jantan yg hendak berkokok); mengepak-ngepak = terkepak-kepak berkepak-kepak, mengibar-ngibarkan kepak (sayap); mengepak-ngepakkan mengibar-ngibarkan (sayap). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu | 1. ruang utk keluar atau masuk (bilik, kereta, rumah dll): jangan duduk di ~; 2. papan dll utk menutup ruang pintu: sebuah ~ besar bergerak perlahan-lahan dibuka oleh seorang budak; 3. ki kesempatan utk mencapai sesuatu, jalan ke: membuka ~ utk perundingan damai; kalau kita mempunyai ijazah, ~ pekerjaan akan terbuka bagi kita; (politik) ~ terbuka politik yg membolehkan penanaman modal dr negeri asing; 4. Id palang pd jalan yg melintasi landasan kereta api; 5. penjodoh bilangan bagi rumah, kedai, dsb: ada kira-kira sepuluh ~ kedai yg terletak di kiri kanan jalan raya; cukai ~ = hasil ~ cukai yg dikenakan pd pemilik rumah (di kawasan perbandaran); ~ air penahan air (dibuat drpd besi atau papan) yg boleh diturunnaikkan; ~ angin sj lubang kecil utk udara keluar masuk; ~ belakang a) pintu bangunan (rumah dsb) yg letaknya di belakang; b) ki cara mencapai sesuatu matlamat (spt jawatan, pekerjaan dsb) secara sulit melalui pengaruh, kekuasaan dsb; ~ gerbang (gapura, lawang) pintu besar utk keluar masuk sesuatu kawasan (kota, markas, dll); ~ hati kalbu; ~ jendela penutup jendela (drpd papan, kaca, dll); ~ keluar (masuk) pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk; ~ maling pintu kecil di belakang atau di samping rumah; ~ mati pintu terpaku rapat (tidak boleh dibuka lagi); ~ monyet pintu yg berdaun dua (di atas dan di bawah); ~ rangkap daun pintu yg berangkap dua; ~ rezeki jalan (peluang) utk mendapat rezeki; ~ salah sj tingkap pd dinding istana; ~ sorong(an) = ~ sorok pintu yg disorong utk membuka atau menutupnya; ~ tani sj pintu gerbang istana; bagai ~ tak berpasak, perahu tak berkemudi prb sesuatu yg membahayakan; satu ~ kalau tertutup, sepuluh ~ lagi terbuka prb a) suatu perkara yg tidak dapat dirahsiakan lagi; b) orang yg mahir dlm berbagai-bagai pekerjaan walau diberhentikan dr pekerjaannya, banyak pekerjaan lain yg boleh dibuatnya; berpintu 1. mempunyai pintu; 2. sl mengikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; berpintukan mempunyai atau menggunakan sesuatu sbg pintu: bilik air rumahnya juga ~ kayu nyatuh yg divarnis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
adang | ; adang-adang sesuatu yg digunakan utk menyekat (biasanya pintu); penyekat: ~ pintu penyekat di muka pintu. mengadang 1 mengadakan rintangan atau halangan dgn mendepangkan tangan dll; menghalang; menyekat: Budak-budak nakal telah ~ jalan itu dgn dahan-dahan kayu. 2 menunggu dgn maksud hendak menyerang hendap. mengadangkan menjadikan sesuatu sbg adang-adang: ~ tangan mendepangkan tangan utk menghalang orang dll. pengadang 1 sesuatu yg mengadang; perintang. 2 orang yg mengadang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pengunci | 1. alat utk mengunci (pintu dll), pengancing (pintu dll): berdentum pintu itu ditarik kuat oleh Normah, tetapi tidak juga lekat ~nya; 2. penutup (perbincangan dll), kata pemutus: akan ~ rundingan itu, Ramli terpaksa menegaskan keazamannya hendak berkahwin dgn perempuan yg dicintainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengunci | 1. menutup (pintu dll) dgn kunci, mengancing atau menyelak (pintu dll): masing-masing ~ pintu dan tingkap dan tidak ada yg berani keluar rumah; 2. mengakhiri (ucapan dll), menyudahi: ia ~ ceramahnya dgn kata-kata nasihat; 3. mengetapkan (mengatupkan); ~ bibir mengatupkan bibir; ~ mulut ki menutup mulut (tidak atau tidak mahu berkata apa-apa), mendiamkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambang I | 1. balak (kayu) yg melintang di atas (pd pintu atau jendela), kayu palang (antara dua tiang dll); di ~ pintu di muka pintu: jangan duduk di ~ pintu pd waktu senja; 2. waktu atau peringkat sejurus sebelum berlakunya atau terjadinya sesuatu, titik permulaan (sesuatu peristiwa, pengalaman, dll): orang Melayu sudah berada di ~ perubahan; pertunangan menjalin ikatan dua insan yg bakal menempuh ~ perkahwinan; sudah di ~ pintu sudah dekat sekali (saatnya, terjadinya sesuatu); mengambang merintangi, menahan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pintu | 1 lubang atau ruang tempat keluar masuk pd rumah dll. 2 papan dll penutup ruang tempat keluar masuk. 3 penjodoh bilangan utk rumah; buah: Enam ~ rumah kedai habis dimakan api. ~ air pengempang air yg dpt diturunkan dan dinaikkan. ~ angin lubang kecil tempat angin keluar masuk. ~ gerbang pintu besar tempat keluar masuk dr atau ke sesuatu kawasan (kota dll). ~ maling pintu kecil di sisi atau di belakang rumah. ~ mati pintu yg tertutup kemas-kemas dan tidak dpt dibuka-buka. ~ monyet pintu berdaun dua (satu di atas dan satu di bawah). ~ sorong pintu yg perlu disorong (ke kiri atau ke kanan) utk membuka atau utk menutupnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
injap | 1 pintu lukah yg berbentuk spt corong utk memungkinkan ikan masuk tetapi menyekatnya drpd keluar semula. 2 benda (tiub dsb) yg menahan angin atau air mengalir ke belakang atau ke luar. ~ ekzos injap pd sebatang silinder di dlm sesebuah enjin pembakaran dalam yg mengawal kadar aliran gas yg digunakan. ~ elektronik injap yg membenarkan elektron mengalir melaluinya mengikut satu arah saja. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |