injap | 1. pintu pd bubu yg berbentuk corong utk ikan masuk (tetapi menahannya drpd keluar), unjap, pelidah: ikan besar tidak ada seekor pun, adakah kerana ~ lukah itu terlalu kecil?; masuk ~ tertipu (tertangkap dll); 2. benda yg mencegah cecair atau angin mengalir kembali (dlm paip, jantung, dll): salur darah mempunyai ~ bagi mencegah darah mengalir balik dr arahnya; ~ ini menyekat apabila minyak sudah penuh dlm luang pelampung; 3. (Bio) segmen yg terjadi setelah pecahnya kelompang, sebelah drpd cepu debunga setelah pecah: sebelum pucuk berdaun keluar, langgai-langgai ini pecah terbuka oleh lima buah ~ lalu melepasbebaskan kekabu keluar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sisir I | 1. alat utk mengemaskan rambut, sikat; 2. alat utk menggemburkan dan membersihÂkan tanah, pencakar, penggaruk, sikat; 3. tangkai atau gugus pisang (sebahagian drpd tandan), sikat; 4. sikat pd alat tenun, suri; 5. injap (pd pintu lukah, bubu, dll) utk menahan ikan keluar; ~ insang bahagian insang ikan yg berupa spt sikat (utk menyekat air, kumin-kumin makanan drpd terkeluar); spt gerup dgn ~ prb perihal dua orang yg sangat mesra pergaulannya (tidak boleh diceraikan); bersisir 1. memakai sisir, bersikat; 2. (sudah) disisir, bersikat: pakaiannya selekeh, rambutÂnya tidak ~; 3. sedang menyikat rambut; menyisir 1. menyikat (rambut): ia memakai baju, ~ rambutnya, dan duduk menghadapi hidangan itu; 2. membersihkan (tanah) dgn sisir, menggaru, menyikat (tanah): tanah bendang yg berselut itu akan disisir pula; 3. memotong daun kelapa dr pelepahnya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jermal | sl alat utk menangkap ikan (pagar yg merupakan bubu yg dipasang di tepi laut, di belakangnya terdapat pintu dgn jaring yg boleh diangkat-angkat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |