Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
pintu (kata nama)
Bersinonim dengan pintu masuk, pintu pagar, pintu gerbang, gapura, lawang, wijil, regol, bambangan.,

Puisi
 

Berdentum bedil Melayu,
     Nak tembak talam tembaga;
Datuk Bandar bukalah pintu,
     Anak dagang nak masuk berniaga.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bambanganpintu masuk (kuala dll): ada sebuah kapal berlabuh di ~ kuala.Kamus Dewan Edisi Keempat
mendesak1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...;Kamus Dewan Edisi Keempat
modul semu(dummy module)1. Modul atur cara yang mempunyai pintu masuk dan pintu keluar, tetapi tidak melakukan sebarang pemprosesan berfaedah. Modul ini digunakan dalam pengaturcaraan bermodul sebagai ganti modul yang akan disiapkan kemudian. 2. Perkakasan yang tidak memainkan sebarang peranan dalam pemprosesan yang sedang dilakukan tetapi diletakkan bersama dengan perkakasan lain untuk mendapatkan nilai senia atau sebagai sebahagian sebagai reka bentuk kosmetik.Kamus Komputer
bambang Ilebar dan bulat, luas terbentang;terbambang, bersebambangan terbentang luas, terpampang: bulan ~;bambangan pintu masuk (kuala dll): ada sebuah kapal berlabuh di ~ kuala.Kamus Dewan Edisi Keempat
pitajalur (kain, kertas, dll) yg panjang, reben: Datuk penghulu pun menjemput beliau utk menggunting ~ yg terentang di tengah-tengah pintu masuk ke balai; ~ cukai Id pita kertas yg bertuliskan harga dan dilekatkan pd bungkusan rokok dll, ban­derol; ~ magnet pita plastik bersalut bahan bermagnet yg digunakan utk merakam bunyi atau gambar, atau utk menyimpan maklumat; ~ mesin Id tali pesawat; ~ mesin tulis pita yg berdakwat utk mesin tulis; ~ rakam (rakaman) sj pita utk merakam (menangkap) suara dgn menggunakan rakam pita; ~ suara lipatan membran dlm peti suara, yg apabila bergetar akan menghasilkan bunyi; ~ video sj pita utk merakamkan gambar dan suara supaya dapat ditayangkan kemudian pd kaca TV dgn menggunakan perakam video; berpita mempunyai pita atau dibubuh pita: topi yg ~ merah di kelilingnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
feng syui(feng sui) seni (dlm tradisi masyarakat Cina) menentukan kedudukan dan reka bentuk sesebuah kubur, bilik, bangunan dsb agar dapat membawa tuah kpd penghuninya dsb: sbg seorang yg pakar dlm bidang ~, perkara pertama yg dilakukannya adalah meninjau persekitaran luar dan dalam hotel tersebut; mengikut amalan ~, pintu masuk apa-apa bangunan pun tidak elok menghadap ke hospital.Kamus Dewan Edisi Keempat
desak I; berdesak bersesak-sesak, berasak-asak (kerana sempit): orang ~ ketika hendak masuk stadium utk menonton bola sepak; berdesak-desakan bersesak-sesak, berasak-asakan, berebut-rebut (tempat dll): seorang perempuan muda pengsan terbaring ke­rana ~; mendesak 1. menolak (menyorong, men­dorong) dgn badan, mengasak: pintu masuk ke dewan itu terlalu kecil dan penonton-penonton ~ dr belakang hendak cepat; 2. mengasak (menghimpit, menghambat) hing-ga mundur (undur, lemah, dll): tentera Berikat telah ~ tentera Fasis hingga menyerah; 3. meminta (menuntut) dgn sungguh-sungguh: kerajaan pusat telah didesak supaya mem­banyakkan lagi biasiswa utk pelajar-pelajar Melayu; 4. (bkn sesuatu hal, keadaan, per­kara) yg memaksa, (bkn sesuatu hal) yg penting sekali: soal yg sangat ~ dlm penya­maan antara bahasa Melayu dan bahasa Indonesia ialah tentang istilah; 5. hampir tiba waktunya (ketika, masa, saat): waktu telah ~ benar, kita mesti siapkan kerja kita lekas-lekas; 6. menghasut, mengacum: tentu­lah ada orang yg ~nya, kalau tidak takkan sekeras itu sikapnya terhadapku; 7. men­dorong, mempengaruhi, memberangsang: dgn sebab putus harapan akan dapat hidup berbahagia serta didesak pula oleh rasa terpulau dan terpencil ...; mendesakkan meminta dgn paksa, menun­tut dgn sungguh-sungguh: orang itu betul-betul ~ kemahuannya sahaja; terdesak 1. tertekan, terdorong: raksa di dlm salur itu akan ~ ke bawah lebih rendah drpd paras raksa yg berada di sebelah luar salur; 2. terasak, terhimpit: ketika berebut masuk ke dewan itu, ramai kanak-kanak yg menjerit kerana ~; 3. susah (sulit) sekali, tertekan, terhimpit: kehidupannya telah ~, dia terpaksa bekerja keras; 4. terdorong, didorong, diberangsang, dipengaruhi: dia memasuki tentera kerana ~ oleh rasa tanggungjawab terhadap nusa dan bangsa; 5. terpaksa, mesti, tidak boleh tidak: bukan kerana apa, melainkan kerana ~; 6. didesak; desakan 1. tekanan (tolakan) yg kuat: pintu itu pecah kerana ~ orang ramai dr luar; 2. permintaan (tuntutan) yg keras (seolah-olah memaksa): dia membuat kenyataan itu atas ~ barisan bertindak baru-baru ini; 3. dorongan (hajat, kasad) yg sungguh-sungguh: ~ utk mencari adikku yg lari itu telah surut kembali; keterdesakan keadaan (perihal) terdesak: ~ boleh membawa kesan dlm proses mem­buat keputusan; pendesakan perihal atau perbuatan men­desak atau mendesakkan; pendesak orang yg mendesak (meminta se­suatu dgn sungguh-sungguh): golongan ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
pintu keluar (masuk)pintu atau jalan yg digunakan utk keluar atau masuk;Kamus Dewan Edisi Keempat
mendegamberbunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dgn kuat, dll): sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin.Kamus Dewan Edisi Keempat
berdegam, mendegam berbunyi spt bunyi meriam (guruh, pintu ditutup dgn kuat, dll): sesudah dia masuk, pintu bilik itu pun ~ ditiup angin.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678

Kembali ke atas