pisang kaki | sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pisang II | ; ~ kaki sj tumbuhan (pokok dan buahnya berwarna jingga), kesmak, Diospyros kaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ringan | 1. tidak berat, enteng: kayu ~; bungkusan yg ~ diangkat dgn sebelah tangan; 2. senang dilakukan atau dijalankan (pekerjaan, pembayaran, dll), mudah: pekerjaan guru bahasa bukanlah pekerjaan yg ~; 3. tidak mendalam (kandungannya dsb), tidak menimbulkan kerumitan atau kesulitan (kpd pembaca, pelajar, dsb): akhbar dan majalah yg popular sering memuatkan cerpen-cerpen yg bersifat ~; bahan-bahan bacaan ~; 4. tidak penting, tidak mustahak, enteng, kecil, remeh (perkara dll): sikap permusuhan antara kedua-dua negara itu tidak boleh dipandang ~; dikenakan cukai yg ~; kesalahan ~ kesalahan yg kecil sahaja; perbualan ~ perbualan mengenai perkara-perkara remeh; najis ~ najis yg memadai disucikan dgn hanya menjirus air sahaja (kencing anak laki-laki di bawah umur dua tahun yg meminum susu ibunya sahaja); 5. tidak terlalu (sangat), tidak berbahaya (penyakit dll), tidak berat: akibat drpd pertempuran itu, beberapa orang mendapat luka ~; 6. tidak memabukkan (minuman, tembakau, dll): mereka menyajikan minuman ~; 7. ringkas dan tidak mengenyangkan (bkn makanan), hidangan makanan yg tidak begitu mengenyangkan (bkn jamuan): jamuan ~; 8. mudah, ringkas (pakaian): ia berpakaian ~; 9. perlahan, rendah (suara dll): kalimat itu diikuti oleh keluhan ~; ia melenggang ~ menuju ke daun pintu; 10. kecil-kecil, halus-halus, tidak lebat (hujan): kadang-kadang rintik-rintik hujan yg berpanjangan itu turun dgn kasarnya, kadang-kadang ~ pula; 11. cepat mengeluarkan buah (tanaman): padi ~; pisang ~; ~ kaki suka berkunjung (melawat dll); ~ kepala mudah memahami (mengerti) ajaran; ~ mulut (lidah) a) peramah, lancar, dan fasih tutur katanya, suka bercakap; b) suka cerewet (banyak mulut); ~ tangan a) suka menolong, cepat berbuat sesuatu; b) suka mengambil hak orang, gemar mencuri; ~ tulang rajin bekerja, tangkas; ~ sama dijinjing, berat sama dipikul = berat sepikul, ~ sejinjing prb bersama-sama dlm suka dan duka atau sama-sama mengerjakan sesuatu; ~ tulang berat perut prb siapa yg rajin bekerja, ia banyak beroleh rezeki; beringan-ringan sl meringankan; meringani Mn; ~ datang dgn suka hati datang, sudi datang; meringankan 1. menjadikan ringan, mengentengkan, memudahkan: ~ bebanan; dlm usaha ~ hikayat ini, diusahakan supaya keaslian penulisannya dikekalkan; 2. = meringan-ringankan menganggap ringan (mudah dll): ia sangat ~ agamanya; ia sengaja ~ hukum; penyakit yg berjangkit tidak boleh diringan-ringankan; sembahyang tidak sekali-kali boleh diringan-ringankan; 3. ki mengurangkan (hukuman): merayu supaya hukuman mati itu diringankan kpd penjara seumur hidup sahaja; ~ kaki sudi datang; memperingan menganggap lebih ringan (lebih mudah, lebih tidak bererti, dll): jangan engkau peringan ibadatmu kpd Allah; keringanan 1. perihal ringan: ia meminta ~, meminta dikurangkan bebannya; 2. terlampau ringan; peringanan perihal meringankan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kerisik I | daun pisang yg telah kering; mengerisik menjadi kering dan mengelupas (bkn kulit kaki dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kala II | sj binatang kecil yg mempunyai empat pasang kaki dan sengat pd ekornya; jenis-jenisnya: ~ bangkang, ~ jengking, ~ pisang dll; bintang ~ suatu gugusan bintang (akrab). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
induk | Mn 1. ibu (terutamanya binatang), emak: kambingnya ada sepuluh ekor, yg sudah jadi ~ tiga ekor; 2. ki yg terutama, yg besar, yg menjadi pokok (asal, punca, asas): kesalahan yg telah kaulakukan itu adalah ~ kpd segala macam kesalahan; ~ ayam a) ayam betina yg sudah beranak; b) ki orang yg penakut; ~ bangsa bangsa yg menjadi punca suku-suku bangsa; ~ beras (nasi) Mn isteri; ~ cuka ibu kaki; ~ hutang hutang yg asal (tidak bercampur dgn bunga); ~ jari (tangan) ibu jari; ~ kaki ibu kaki; ~ kalimat ayat besar yg menjadi pokok cerita (dlm ayat yg bersambung-sambung); ~ karangan karangan yg terutama dlm akhbar atau majalah; ~ madu sarang lebah; ~ pisang pokok pisang yg mula-mula ditanam; ~ roti ragi utk adunan roti; ~ rumah rumah ibu (bahagian yg besar atau bahagian tengah rumah); ~ semang a) orang perempuan yg mengambil orang lain utk menumpang di rumahnya; b) orang yg memberi pekerjaan atau barang-barang (utk dijual) kpd orang lain; ~ sutera sarang ulat sutera; ~ tentera pasukan yg terbesar (dlm gerakan perang); berindukkan mempunyai atau menganggap sesuatu sbg induk: contohnya, bahasa Latin dan bahasa Yunani yg ~ bahasa Indo-Eropah; perinduk, seperinduk semua yg berasal drpd satu ibu atau induk, sekeluarga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambatan | 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pokok | 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya, kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~, bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek, tembikai. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ penanti pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses cantuman. ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon, spt pain, fir. berpokok berasas (pd); berdasar (pd). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pokok | 1 segala jenis tumbuh-tumbuhan: ~ pisang; ~ keladi; ~ beringin. 2 bahagian tumbuh-tumbuhan dr pangkal hingga ke pucuk: Jika akarnya dikerat, ~ tentu mati. 3 ki sesuatu yg terpenting atau yg terutama; sesuatu yg menjadi asas: Dlm hal ini, ~nya kita perlu bekerja keras. 4 modal dlm sesuatu perniagaan: Jika tiap-tiap bulan termakan ~ bila kedai akan maju? ~ angin awan yg bergumpal-gumpal di kaki langit alamat ribut akan turun. ~ hujan mendung yg tebal menandakan hari akan hujan. ~ jalar (rayap) pokok yg menjalar di permukaan tanah (pd tunggul kayu dsb) spt keledek dll. ~ kata, = kata ~ kata dasar yg belum diberi imbuhan. ~ pagar pokok yg ditanam berbaris spt pagar. ~ pangkal hal-hal atau sebab yg terpenting. ~ panjat (lilit) jenis tumbuh-tumbuhan yg hidupnya berpaut pd pokok atau pd benda lain. ~ pembicaraan (cerita) perkara yg dibicarakan (diceritakan). ~ renek jenis pokok kecil yg batangnya berteras. ~ tirus jenis pokok malar hijau yg mengeluarkan kon spt pain, fir dll. berpokok berasas (kpd); berdasar (kpd). | Kamus Pelajar |
lekat | terasa seakan-akan menempel apabila diraba (spt kanji, gam); lekit. melekat 1 tidak mudah tanggal; tidak lekang; menempel benar-benar: Jongor ikan-ikan todak itu ~ pd batang pisang. 2 mudah melekit (bkn getah cair, kanji dll): Getah ini ~, jangan dipegang. 3 rapat sekali (bkn persahabatan dll); karib. 4 tidak berubah-ubah (pandangan, tempat kediaman dll); tetap: Perhatiannya ~ pd peti televisyen sejak tadi lagi. melekati 1 melekat pd; melekit pd; menempeli. 2 memasang (api) pd: Setelah rokoknya dilekati api, ia pun duduk menonton televisyen. melekatkan 1 menjadikan sesuatu melekat pd; menempelkan: Ia sedang ~ gambar-gambar itu pd dinding. 2 mengenakan pakaian; memakai: Bapanya ~ baju tebal lalu pergi. 3 mengenakan pukulan; memukulkan (tangan, kaki dsb): Kerana terlalu marah, ia ~ tangannya pd anaknya. 4 menanam modal dlm perusahaan atau membeli barang-barang berharga: Wangnya dilekatkannya pd tanah getah. 5 menumpukan atau menghalakan perhatian atau pandangan: Dia ~ pandangannya pd gadis yg berbaju biru. pelekat bahan (spt gam, kanji) yg digunakan utk melekatkan sesuatu; perekat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |