Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata plaster 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
plaster1 campuran kapur, pasir, air dll utk melapisi dinding batu dsb. 2 kepingan kecil kain dsb yg berperekat dan berubat, digunakan utk menampal luka dll. memplaster menyapu atau menyalut dinding dsb dgn plaster (campuran kapur, air dll); melepa: Dia memang mahir dlm kerja ~ dinding.Kamus Pelajar Edisi Kedua
plaster1. campuran kapur, pasir, simen dan air yg menjadi keras apabila kering utk melapis dinding, (siling dsb), lepa, turap; 2. = ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, kapur paris; 3. sejalur bahan drpd kain dsb yg berperekat dan berubat utk menampal luka pd kulit; memplaster menyapu atau menyalut dgn plaster (campuran simen, pasir, kapur dan air), melepa: kerja ~ tembok rumah itu hampir selesai.Kamus Dewan Edisi Keempat
plaster1 campuran kapur, pasir, air dll utk melapisi dinding batu dll. 2 lapik yg dibubuhi ubat dan digunakan utk menampal luka dll.Kamus Pelajar
tampal1 perca kain dll yg dijahitkan atau yg dilekatkan utk menutup ba­hagian yg koyak. 2 simen, plaster dll yg ditempelkan pd sesuatu. 3 ist tindakan meletakkan teks atau grafik (komputer) yg dipotong dr satu tempat ke tempat yg lain dlm dokumen. bertampal memakai tampal; ada tampalnya: Baju­nya ~. menampal 1 membubuh tam­pal pd (bahagian pakaian yg koyak): Dia ~ seluarnya yg koyak. 2 merekatkan sesuatu pd: Dinding bangunan itu di­tampal dgn gambar calon pilihan raya. menampalkan 1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding. tampalan sesuatu yg ditampalkan. penampal apa-apa yg digunakan utk menampal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menampalkan1 melekatkan tampal. 2 menempelkan simen (plaster dll) pd sesuatu: ~ gambar pd dinding.Kamus Pelajar Edisi Kedua
fresko(frésko) (S.Lukis) 1. teknik membuat lukisan pd dinding atau siling yg diplaster, dgn menggunakan cat air sebelum plaster itu mengering; 2. lukisan yg dihasilkan dgn teknik 1. di atas.Kamus Dewan Edisi Keempat
birai1. selusur (pagar pd titi dll), langkan: ~ masjid; 2. tepi, bingkai: ~ kain; 3. tepi muka surat yg tidak bercetak (bertulis); ~ hias a) (S.Bina) corak atau hiasan timbul pd pertemuan antara dinding dgn siling, biasanya dibuat drpd plaster paris, kornis; b) ukiran hiasan pd tepi perabot, tingkap dsb; c) hiasan pd birai buku.Kamus Dewan Edisi Keempat
simen(simén) 1. sj serbuk (drpd batu kapur, tanah liat, dll) utk perekat bata atau membuat tembok; 2. campuran serbuk simen dgn pasir dan air utk membuat atau melapisi tembok dll; 3. bahan utk menampal gigi yg berlubang; 4. zat kapur yg membentuk lapisan luar gigi; bersimen dibubuh plaster Paris pd kaki tangan atau bahagian tubuh yg lain utk melindungi tulang yg retak atau patah supaya pulih: kutemui ayah yg terbaring dgn kaki kanannya ~; menyimen membubuh simen pd: pekerja­pekerja yg sedang sibuk ~ lantai rumah banglo itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
tampal I1. perca kain dll yg dilekatkan (dijahit­kan) utk menutup barang yg koyak: ~ itu mesti menutup bahagian yg nipis di sekeliling tempat yg koyak; 2. benda yg dilekatkan, lepa, turap, plaster, pelekat; bertampal 1. memakai tampal: kain alas ini boleh dibuat drpd kain cadar yg lama tetapi tidak koyak atau ~; 2. = ~ dgn bertam­bal dgn (pelekat, iklan, dll): bangunan-bangun­­an yg indah itu di sana sininya ~ dgn iklan; menampal 1. membubuh tampal pd (baju dll yg koyak), melekatkan tampal pd, me­nam­pung: baju yg koyak itu sudah ditampal; 2. merekat sesuatu (pelekat, poster, dll) pd, menampalkan pd (dgn gam dll): dinding dan pintu rumah-rumah rendah itu rata-rata ditampal dgn gambar seorang calon pilihan raya; 3. menyumbat atau memalam (gigi yg berlubang); menampali sl memberi bertampal dgn, me­nam­pal dgn: dinding istana itu sekaliannya berkambi, maka ditampali cermin cina yg besar-besar; menampalkan 1. melekatkan perca kain dll pd; 2. merekatkan (turap, lepa, dll) pd: dibuat surat berpuluh-puluh ditampalkan pd segenap simpang; ~ kersik ke buluh prb tidak ada guna (sia-sia) memberi nasihat kpd orang yg tidak mahu mendengarnya; tertampal 1. sudah ditampal dgn; 2. terlekat pd, tertempel pd: suatu surat kenyataan ditandatangani oleh Patrick Goh, kelihatan ~ di papan kenyataan kelab; tampalan sesuatu yg ditampal: di dinding rumah itu penuh dgn ~ surat khabar; juita bukan kerana pakaian yg indah-indah dan emas perak yg gilang-gemilang, bukan ke­rana ~ dr luar; penampalan perbuatan (kerja dsb) menam­pal; penampal sesuatu (perca kain, kulit, dll) yg digunakan utk menampal: perca-perca kain itu hendaklah disimpan buat kain ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
kapur l1. benda putih yg diperoleh drpd kulit kerang dll yg dibakar (utk dimakan dgn sirih, mengecat rumah, dll); 2. = ~ tulis = ~ belanda Id kapur utk menulis di papan hitam; ~ barus sj benda yg rangsang baunya (di­peroleh drpd pokok Dryobalanops aromatica atau Cinnamomum camphora, atau dibuat dgn kaedah atau proses kimia); ~ hidup = ~ kuripan = ~ mentah = ~ tohor kapur yg belum dicampur dgn air, kalsium oksida; ~ masak kapur mati yg dicampur dgn pasir dan air; ~ mati = ~ kaustik kapur yg sudah bercampur dgn air, kalsium hidroksida; ~ paris sj serbuk putih yg mengeras apabila dicampur dgn air, biasanya digunakan utk membuat acuan, birai hias, membebat tulang yg patah dsb, plaster paris; ~ sirih kapur yg dimakan dgn sirih; ~ tohor nama lain utk kalsium oksida; bagai kunyit dgn ~ prb perbuatan yg lekas menjadi (serasi sekali); spt ~ di hujung telunjuk prb perihal seseorang yg tidak dapat melakukan sesuatu pekerjaan atau tidak dapat menolong saudara mara dlm kesusahan; sekapur; sirih ~ sirih lengkap dgn kapur dan kawannya (pinang, gambir, dll); ~ sirih sekejap (sebentar); berkapur mengandungi kapur; tanah ~ tanah yg mengandungi kapur; mengapur 1. menyapu dgn kapur, memberi berkapur: ~ sirih; 2. = mengapuri menjadi­kan putih dgn kapur, menyapu kapur (pd dinding dll): masjid-masjid dan surau-surau dicat dan dikapur; mengapurkan menyediakan sirih lengkap dgn kapur dll (utk dimakan): Tuan Putera Dayang Seri Jawa pun ~ sirih; pengapuran perbuatan mengapur atau me­ngapuri (dinding dll); pekapuran 1. = pekapur bekas (tempat) kapur; 2. tempat membakar kapur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas