pohon II | ; memohon meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pohon II | ; memohon meminta dgn halus (dgn hormat): ~ taufik dan petunjuk-Nya; memohonkan memintakan dgn halus (dgn hormat); ®mohon. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pohon II; memohon | meminta dgn hormat: Dia ingin ~ sebidang tanah utk tapak rumah. Maka Siti Zubaidah ~ supaya Sultan Abidin mengahwini Puteri Rokiah pula. pemohon orang yg memohon; peminta. | Kamus Pelajar |
mohon | 1. bh minta, minta izin: setelah itu maka sahaya ~lah pulang; 2. sl ampunilah (kerana menolak, mengingkari, dll), maaflah: maka titah baginda, “Mahukah akan Tun Rakna Sandari, saudara Paduka Raja itu?” maka sembahnya, “~ patik, tuanku”; bermohon 1. meminta izin; ~ diri meminta izin pergi: sahaya pun menyembahlah ~ diri hendak kembali; 2. mengemukakan permintaan, minta supaya diperkembangkan: maka Upu Daeng Perani pun ~lah kpd sultan; memohon meminta (lebih halus): kami ~ maaf atas kesilapan ini; memohonkan memintakan (sesuatu drpd): mahu aku ~ kehendakmu itu kpd Allah Taala; permohonan apa yg diminta, permintaan: segala ~nya utk mendapat kerja ditolak; pemohon orang yg memohon sesuatu; pohon II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sikat II | ; pohon ~ sj tumbuhan (pokok renek), Alchornea rugosa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sapi II | ; pohon ~ sj tumbuhan (pokok kecil), Otophora spectabilis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemara II | , = kayu (pohon) ~ nama sj pokok yg daunnya halus-halus; ru, Casuarina spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rau II | ; kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok), pokok rawa, kedondong bulan, kedondong bulu, Santiria laxa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cemara II | ; kayu (pohon) ~ sj tumbuhan (pokok yg halus-halus daunnya), ru, Casuarina spp. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
simpuh II | beberapa jenis pohon, Dillenia spp.. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |