Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[po.jo/] | ڤوجوق

Definisi : 1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dlm akhbar dll yg memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir; isi ~ karangan-­karangan pendek di sudut akhbar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pojok


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pojok1. penjuru, pelosok, sudut; 2. ruangan dlm akhbar dll yg memuatkan kata-kata lucu tetapi pedas serta menyindir; isi ~ karangan-­karangan pendek di sudut akhbar.Kamus Dewan Edisi Keempat
ruangan pojokruangan dlm akhbar atau majalah yg dikhaskan utk tulisan atau karangan tertentu secara berterusan.Kamus Dewan Edisi Keempat
isi pojokkarangan-­karangan pendek di sudut akhbar.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengisi pojokpenulis ruangan sudut surat khabar;Kamus Dewan Edisi Keempat
penjuru Ipojok, sudut; ~ sudut tepat (Mat) pen­juru yg luasnya 90º.Kamus Dewan Edisi Keempat
pelosokceruk, penjuru, pojok, sudut: Sumatera menggantikan Melaka pd tahun 1568, sbg pusat perkembangan agama Islam ke seluruh ~ Nusantara; ke ~-~ = ke segala (seluruh) ~ sehingga ke tempat yg jauh-jauh.Kamus Dewan Edisi Keempat
ceruk I1. sudut (penjuru, pojok, pelosok) dlm bilik (rumah dll): duduk di ~ dapur; 2. lubang, liang, ruang (pd dinding, dlm tanah, dlm timbunan barang, dll), gua, celah, sela; ~ gunung lembah gunung; 3. lekuk (pd geladak kapal, jalan, dll); 4. teluk yg kecil; 5. penjuru atau sudut jalan, lorong (jalan kecil dll); di seluruh ~ rantau di merata tempat, di mana-­mana; ~-meruk bermacam-macam ceruk; menceruk 1. membuat ceruk dlm tanah; 2. masuk ke dlm (dekat) ceruk; ceruk-menceruk mencari ke semua ceruk; terceruk berada (duduk) di ceruk (penjuru); caruk II.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengisi1. orang (alat) yg mengisi; ~ pojok penulis ruangan sudut surat khabar; 2. sesuatu yg diisikan; ~ perut makanan dan minuman; ~ waktu pekerjaan dll utk mengisi masa lapang; 3. tempat utk mengisi: ~ dawai; 4. = angka ~ (Mat) angka-angka yg kalau didarabkan menghasilkan suatu jumlah: 1, 2 dan 3 ialah ~ bagi angka 6; ~ rata (Mat) angka yg menjadi pengisi utk lebih drpd satu nombor; ~ tunggal (Mat) angka pengisi yg tidak dapat dibahagi lebih lanjut.Kamus Dewan Edisi Keempat
sudut1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll): sesudah sem­bahyang maghrib, sesetengah orang berang­kat pulang atau pindah duduk ke ~ akan bercakap-cakap sampai tiba waktu isyak; 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu: satuan ukuran ~ ialah darjah; ~ 90°; 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah menge­lilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi: beliau telah mengkritik mahaguru itu dr ~ agama bukan dr ~ sastera; ~ bersebelahan sudut yg berada di sebelah sudut yg lain; ~ bertentangan pasangan sudut yg terbentuk oleh sepasang garis yg bersilang, yg terletak di sebelah bertentangan titik persilangan; ~ bucu sudut bertentangan; ~ cakah sudut yg besarnya lebih drpd 90° tetapi kurang drpd 180°; ~ hati = ~ jantung ki jantung hati, hati sanubari; ~ lurus sudut yg besarnya 180°, spt yg terbentuk pd garis lurus; ~ mata ekor (hujung) mata; ~ pelengkap sudut yg apabila ditambah dgn sudut sebelahnya menjadi sudut tegak atau 90°; ~ refleks sudut yg besarnya lebih drpd 180°; ~ sama sudut­sudut yg sama besarnya dlm sebuah rajah satah; ~ sepadan sudut yg sama besar dan sama kedudukannya pd dua segi tiga yg kongruen; ~ tegak sudut yg besarnya 90°; ~ tirus sudut yg besarnya kurang drpd 90°; menyudut 1. merupakan sebuah sudut; 2. pergi ke sudut, duduk di sudut.Kamus Dewan Edisi Keempat
kolumnispenulis ruangan tetap dlm surat khabar atau majalah, pojok.Kamus Dewan Edisi Keempat
12

Kembali ke atas