tebas I | bertebas sudah dipotong atau dirambah (pokok-pokok kecil): semak-semak itu sudah ~; menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil: ia disuruh ~ semak; ~ hutan menebang pokok-pokok dlm hutan, mem-buka hutan utk bercucuk tanam dll; ~ jalan merintis (membuat) jalan di hutan; ~ mene-bang = menebang ~ menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; menebaskan 1. sl membersihkan drpd pokok yg kecil-kecil: tebaskanlah segala semak ini; 2. menebas utk; 3. memarangkan, menetakkan: ia ~ pedangnya ke leher askar itu sehingga putus; tertebas dapat ditebas: aku yakin hutan itu akan ~; tebasan kawasan yg sudah ditebas, cerang, ladang: sebelum membakar ~ itu, ia melapor-kannya dahulu kpd polis;penebasan perihal (perbuatan, kerja dsb) menebas atau menebaskan: ~ semak di bela-kang rumahnya itu masih belum selesai walaupun upahnya sudah lama dibayar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tebas | ; bertebas (sudah) dipotong atau dirambah (bkn pokok-pokok kecil atau semak): Semak-semak di belakang rumahnya sudah ~. menebas memotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb. menebaskan 1 menebas utk orang lain. 2 menjadikan sesuatu sbg alat utk menebas: ~ pedang pd tiang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menyulam | 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menyelang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sulam II | ; menyulam 1 mengganti pokok-pokok yg mati dgn pokok-pokok yg baru; menyilih. 2 ki menyelang sesuatu perbuatan dsb dgn sesuatu yg lain: Dia pandai sungguh ~ ceramahnya dgn cerita yg lucu-lucu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menebas | memotong atau merambah pokok-pokok kecil dsb: Mereka sedang ~ semak. ~ hutan menebang pokok-pokok hutan utk bercucuk tanam dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hutan | kawasan tanah yg ditumbuhi pokok-pokok (yg biasanya tidak dipelihara orang); rimba: Mereka pergi ke ~ mencari kayu api. ~ bakau kawasan yg ditumbuhi pokok-pokok bakau. ~ belantara hutan yg besar. ~ lepas (rimba) hutan yg besar (yg belum dibuka orang). ~ lipur hutan tempat bersenang-senang (berehat-rehat) utk menyegarkan badan. ~ simpan kawasan hutan yg pokoknya tidak boleh ditebang. perhutanan ilmu, pengurusan dll ttg hutan: Jabatan ~; istilah ~. pegawai ~ pegawai yg menjalankan kerja-kerja yg berkaitan dgn hutan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pangkas | ; berpangkas 1 bergunting (rambut): Rambutnya belum ~. 2 menjadi pendek kerana dipotong: Pokok-pokok teh itu kelihatan spt ~ tepinya. memangkas 1 memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: Mereka ~ pokok-pokok kertau itu supaya sentiasa rendah dan mudah dipetik daunnya. 2 memotong dgn gunting; menggunting: ~ rambut. pangkasan hasil drpd memangkas. pemangkasan perbuatan memangkas: ~ pertama boleh dilakukan semasa batangnya tumbuh setinggi lebih kurang 0.6 meter. pemangkas 1 alat, spt gunting yg digunakan utk memangkas. 2 orang yg kerjanya memangkas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tengkorak lang | a) sj tumbuhan (pokok), pokok madu, Aglaia argentea; b) sj tumbuhan (pokok), balun hijau, gerenggong, kedondong hutan, kerantai, Aglaia griffithii; c) sj tumbuhan (pokok), tengkohalang, Aglaia kingiana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penanti | orang yg menanti; penunggu. pokok ~ pokok yg menerima tunas baka pokok lain yg sama jenis dgnnya dlm proses percantuman. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menebang menebas | menebang segala pokok (besar kecil), membersihkan drpd pokok-pokok: setelah habis ~ menebang mereka menunggu utk membakar pula; | Kamus Dewan Edisi Keempat |