posisi | IB 1. kedudukan, letaknya: kita tak mahu membahayakan ~ tentera kita; 2. jawatan (dlm pekerjaan dll), pangkat; 3. letak sesuatu perkataan dlm ayat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
postur | posisi atau sikap tubuh seseorang, terutamanya semasa duduk, berdiri dsb: ~ yg baik menonjolkan imej yg positif. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
peneranan | perihal atau perbuatan meneran: posisi begini memudahkan ~ ketika hendak bersalin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuak kupu-kupu | gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
teran | meneran menahan nafas dan menekan (ketika hendak buang air besar atau bersalin dll), merejan, mengejan; peneranan perihal atau perbuatan meneran: posisi begini memudahkan ~ ketika hendak bersalin. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuak II | gerakan menolak air dgn tangan semasa berenang; ~ dada gaya renang dgn dada menghadap ke air, tangan bergerak dlm bentuk bulatan dan kaki menendang spt katak; ~ kupu-kupu gaya renang dgn kedua-dua tangan mencecah air pd posisi siku yg tinggi sambil menarik air serentak, manakala kaki membuat tendang duyung; ~ lentang gaya renang dgn kedudukan badan terlentang, dgn tangan diangkat dr sisi badan, lurus ke atas dan melepasi bahu sehingga mencecah air di belakang kepala; berkuak, terkuak 1. terbuka sedikit (bkn daun pintu, tabir, dll yg ditolak): pintu terkuak lebar; 2. merenggang dan bercelah-celah (bkn awan, daun-daun yg bergerak dsb): awan hitam pun ~; 3. menyisi (menghindar) ke kiri ke kanan (bkn orang atau sesuatu yg berkumpul): barang di mana ia lalu orang-orang ~ memberi ia jalan; 4. menjadi besar atau lebar (bkn lubang dll), berpisah (dgn); ~ (terbuka) darah tersirap darah; menguak melantasi (menembusi) barisan atau orang ramai yg berkerumun dgn menolaknya dgn tangan ke kiri dan ke kanan: dgn susah payah ia ~ ke celah-celah orang yg berasak-asak itu; menguakkan menyingkap (membuka) dgn menolak atau menarik ke kiri ke kanan (daun pintu, tabir, dll), menyisikan (menepikan, menghindarkan) ke kiri ke kanan, memisahkan: ia ~ daun pintu lebar-lebar; ~ kelambu (tirai dll); orang berlarian hendak menolongnya tapi dikuakkannya mereka; ia ~ daun-daun serta sampah-sampah yg menutupi kubur itu ke tepi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |