posmen / posmén / | pekerja pos yg tugasnya menghantar dan memungut surat. | Kamus Pelajar |
hantar | menghantar 1. menemani, mengawani, mengiringi orang berjalan: Dia ~ neneknya pulang ke Ipoh. 2. membawa; mengirim: Posmen ~ surat ke rumah Ali. 3. memasukkan ke (sekolah dsb); membiayai pelajaran dll: Banyak ibu bapa yg ~ anak mereka belajar di sekolah itu. Setiap tahun, kerajaan ~ para pelajar ke luar negara utk melanjutkan pelajaran. 4. mengirim (membawa) ke sesuatu tempat utk sesuatu tujuan: Negara kita telah ~ dua orang peserta dlm perlumbaan itu. ~ manusia ke bulan; ~ pasukan tentera ke perbatasan. 5. memberikan (menendang, memukul dsb) bola, bulu tangkis dll: Bulu tangkis itu dihantar betul-betul atas garisan tepi gelanggang. menghantari menghantar sesuatu kpd; mengirimi: Dia dihantari sejambak bunga. hantaran 1. sesuatu yg dihantar; kiriman. 2. = wang ~ wang yg dihantar oleh pihak pengantin lelaki kpd pihak pengantin perempuan. 3. barang-barang spt pakaian, makanan dsb berupa hadiah yg dibawa bersama wang hantaran oleh pihak pengantin lelaki utk pengantin perempuan. penghantaran perbuatan atau proses menghantar: Saraf tunjang mempunyai tugas yg berkaitan dgn ~ rangsang ke otak. penghantar 1. orang yg menghantar: ~ surat khabar. 2. alat utk menghantar. | Kamus Pelajar |