prasarana | keseluruhan kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan dan perhubungan, bekalan kuasa elektrik, dll) yg perlu bagi pembangunan (pertumbuhan) dan kemajuan, infrastruktur: ladang rakyat Felda diwujudkan dgn pembangunan ~ yg besar-besaran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
infrastruktur | 1. struktur asas sesuatu organisasi, sistem, dsb; 2. kemudahan dan perkhidmatan asas (spt kemudahan pengangkutan, pendidikan, kesihatan dsb, bekalan kuasa elektrik, dan pelbagai kemudahan lain yg diperlukan utk pembangunan dan pertumbuhan sesebuah negara, masyarakat, organisasi, dsb), prasarana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |