prihatin | 1. mengambil berat, perhatian terhadap sesuatu perkara: sbg jiran, kita ~ terhadap rusuhan rakyat menentang pemerintahan tentera di Bangkok; 2. Jw berdukacita atau kecewa yg amat sangat (kerana gagal usaha, menghadapi kesusahan, dll), rasa sedih yg amat sangat; 3. berusaha (berikhtiar) dgn bersungguh-sungguh utk mendapat sesuatu yg dicita-citakan; memprihatinkan 1. menimbulkan rasa mengambil berat, memberi perhatian; 2. menimbulkan rasa sedih (kpd), menyedihkan: soal akhlak inilah yg ~ para pemimpin dr dulu hingga sekarang; keprihatinan 1. kesungguhan menunjukkan minat atau perhatian berat pd seseorang atau sesuatu: ~ terhadap kebajikan sosial dan kepentingan awam; ~ negara-negara Islam terhadap Bosnia-Herzegovina; atas rasa ~ dan tuntutan memenuhi cita-cita bahasa, bangsa, dan negara; 2. perasaan sedih (dukacita) yg amat sangat: lalu diberikan berbagai-bagai alasan dan saranan dgn rasa ~ yg mendalam terhadap peranan yg sudah terabai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
altruis | orang yg bersikap lebih prihatin terhadap kebahagiaan dan kebajikan orang lain. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berjirankan | 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kecendekiawanan | hal atau sifat cendekiawan: Buku itu memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg mempunyai visi dan prihatin terhadap rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kecendekiawanan | hal (sifat, keterampilan dsb) berhubung dgn cendekiawan: buku tersebut memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg ada visi dan prihatin terhadap Asia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cendekia | pintar akalnya; cerdik; pandai. cerdik ~ cerdik pandai; terpelajar. kecendekiaan hal atau sifat cendekia; kecerdikan. cendekiawan kaum (orang) cerdik pandai; kaum (orang) terpelajar; intelektual. kecendekiawanan hal atau sifat cendekiawan: Buku itu memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg mempunyai visi dan prihatin terhadap rakyat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cendekiawan | orang (golongan, kaum dsb) yg cerdik pandai, orang atau golongan terpelajar, intelektual: penulis mengharapkan teguran dan kritikan membina drpd ~ dan ilmuwan; kecendekiawanan hal (sifat, keterampilan dsb) berhubung dgn cendekiawan: buku tersebut memaparkan ~ pemimpin itu sbg orang yg ada visi dan prihatin terhadap Asia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jiran | orang yg tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, tetangga: ~nya ialah keluarga Cina yg telah memeluk agama Islam; kawan se~ kawan-kawan yg rapat; berjiran tinggal berhampiran dgn rumah seseorang, bertetangga; negeri-negeri yg ~ negeri-negeri yg berhampiran (berdekatan); berjirankan 1. mempunyai seseorang sbg jiran: mereka ~ keluarga Melayu yg prihatin; 2. ki mempunyai sesuatu tempat (kawasan, daerah dsb) sbg kawasan yg berdekatan atau bersebelahan: sebuah kawasan perumahan yg ~ Putrajaya dan Cyberjaya; kejiranan yg berhubungan dgn jiran atau hidup sbg jiran: pertalian sejarah dan ~ adalah amat penting dan perlu diambil kira dlm sebarang usaha promosi dlm ASEAN; jalinan ~ antara keluarga di kawasan setinggan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |