proaktif | bersikap positif dgn merangka dan mengawal tindakan yg dilakukan jauh lebih awal drpd jangkaan akan berlakunya sesuatu perkara atau kejadian: Mereka mesti ~ dlm menjalankan tugas masing-masing. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
proaktif | bkn sikap positif (individu, institusi dll) merangka atau melakukan sesuatu tindakan (setelah difikir masak-masak) jauh lebih awal drpd berlakunya sesuatu perkara yg sememangnya memerlukan tindakan yg berkenaan (tindakan tidak dilakukan hanya setelah sesuatu hal itu berlaku): kerajaan negeri akan mengambil pendekatan ~ utk menjayakan projek yg dirancang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
reaktif | (réaktif) 1. cenderung menunjukkan reaksi atau mengambil tindakan setelah berlakunya sesuatu terhadap seseorang, sesuatu situasi dsb: mereka bertindak secara proaktif, bukannya ~, utk mendampingi keseluruhan masyarakat setempat; dgn demikian, perencanaan kita lebih bersikap ~ kpd keadaan krisis yg mendadak; 2. (Kim) dapat atau cenderung bertindak balas secara kimia dgn berbagai-bagai bahan: litium adalah kurang ~ drpd logam-logam lain; metana adalah stabil dan tidak ~ di dlm udara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wawasan | 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wawas | ; mewawaskan menghasilkan wawasan: jika mahu membentuk masyarakat Malaysia yg bertaraf maju spt yg diwawaskan, sembilan cabaran hendaklah diatasi; wawasan 1. fahaman atau tanggapan bkn sesuatu hal, pandangan, konsepsi: pola penceritaannya lebih kelihatan spt main-main, iaitu tidak didukung oleh kematangan ~; 2. pandangan jauh (terutamanya yg berkaitan dgn perkembangan masa depan) bagi mencapai matlamat penting sesebuah organisasi atau negara, visi: W~ 2020; kita mestilah proaktif dan ada ~ jika ingin berjaya dgn cemerlang; berwawasan mempunyai pandangan jauh tentang kemajuan atau perkembangan masa depan sesuatu: agama Islam berjaya membentuk tamadun yg harmoni, merdeka dan ~ tinggi; sememangnya dia seorang pemimpin yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |