guru | 1. orang yg mengajar, pendidik, pengajar, pengasuh: ~ pelatih; ~ pelawat; 2. pemimpin agama Hindu; ~ bantu Id pembantu guru; ~ besar = ~ kepala = ~ ketua guru yg mengetuai sesuatu sekolah, pengetua sekolah; ~ latihan normal guru yg bukan lepasan maktab atau universiti; ~ lepasan maktab guru yg terlatih di maktab; ~ pelatih pelajar-pelajar di maktab perguruan yg bakal menjadi guru; ~ pelawat pegawai pendidikan yg tugasnya melawat dan memeriksa keadaan sekolah (bangunan, pelajar, guru, dll), nazir sekolah; ~ penolong guru yg kanan selepas guru besar; ~ kencing berdiri, murid kencing berlari prb kelakuan murid mencontohi kelakuan guru (terutama dlm hal yg tidak baik); berguru 1. belajar: sepeninggalan Awang kerana ~ itu, Bacuk telah memujuk Dayang utk menggantikan tempat Awang; 2. berlaku (bertindak) spt guru; ~ kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi prb ilmu yg tidak sempurna dituntut tidak ada faedahnya; bergurukan menjadikan seseorang sbg guru: dia ~ al-Guwaini yg dikenal dgn gelaran Imam al-Haramain; keguruan hal yg berkaitan dgn ilmu menjadi guru, atau tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sbg guru: sifat-sifat ~ yg luhur; martabat profesion ~ harus dipertahankan; perguruan 1. sekolah, tempat belajar; 2. pengajaran; ~ rakyat Id pengajaran kpd rakyat; 3. yg berkaitan dgn guru; maktab ~ maktab tempat melatih guru; maktab ~ bahasa maktab tempat melatih guru bahasa; 4. hal yg berkaitan dgn berguru: gelanggang ~ mereka tidaklah begitu jauh; izinkanlah saya menamatkan ~ saya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |