Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pengaturcaraan, pemprograman. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata programming


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
bahasa pengaturcaraan(programming language)1. Bahasa buatan yang mempunyai tatatanda dan laras khusus bagi membolehkan pengatur cara mengarang atur cara yang dapat diterima oleh perkakasan komputer sebagai perintah yang sah untuk dilaksanakan. 2. Bahasa rekaan yang digunakan oleh komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain. Biasanya bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa mesin. Sinonim bahasa komputer.Kamus Komputer
pengaturcaraan penggunaan(application programming)Tindakan yang berkaitan dengan pembinaan atur cara yang akan digunakan untuk menyelesaikan masalah atau melaksanakan tugas.Kamus Komputer
pengaturcaraan optimum(optimum programming)Pengaturcaraan yang cuba mencapai kecekapan terbaik dari segi kelajuan pelaksanaan, penggunaan sumber tanpa pembaziran, dan penggunaan komputer dengan berkesan.Kamus Komputer
pengaturcaraan logik(logic programming)Pengaturcaraan komputer yang dilakukan dengan menyatakan keterangan logik simbolik sebagai fakta dan hukum bagi masalah. Bahasa pengaturcaraan logik seperti Prolog kemudian digunakan untuk menyelesaikan masalah dengan mencari jawapan bagi masalah yang dibangkitkan.Kamus Komputer
pengaturcaraan kefungsian(functional programming)Pengaturcaraan yang menggunakan fungsi untuk membina atur cara penggunaan.Kamus Komputer
pengaturcaraan bermodul(modular programming)Kaedah pengaturcaraan yang mementingkan penggunaan modul atur cara yang kecil, mudah diubah suai, dan mematuhi piawaian antara muka untuk memudahkan pembinaan, pengujian, dan pengesahan sesuatu perisian yang besar.Kamus Komputer
pengaturcaraan automatik(automatic programming)1. Penggunaan komputer untuk menghasilkan sebahagian atau keseluruhan kod bagi sesuatu atur cara. 2. Pengeluaran atur cara yang difahami komputer daripada penentuan dalam bahasa aras tinggi yang mudah difahami manusia.Kamus Komputer
PrologSingkatan bagi programming in logic, iaitu pengaturcaraan dalam logik. Lihat bahasa Prolog.Kamus Komputer
pengaturcaraan tanpa ego(egoless programming)Pengaturcaraan sesuatu projek supaya dilakukan oleh suatu kumpulan yang ahlinya mempunyai taraf yang sama. Beban tugas dan kejayaan atau kegagalan projek akan dikongsi bersama oleh semua ahli.Kamus Komputer
bahasa pengaturcaraan automatik(automatic programming language)Bahasa pengaturcaraan aras tinggi yang boleh digunakan untuk mengarahkan komputer menghasilkan atur cara aras rendah secara automatik.Kamus Komputer
12

Kembali ke atas