progresif /progrésif/ | sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: parti politik yg ~. | Kamus Pelajar |
progresif | /progrésif/ sentiasa bergerak maju; bertujuan atau berhaluan mencapai kemajuan: parti politik yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
progresif | (progrésif) 1. menuju ke arah perbaikan atau kemajuan, maju: dasar yg ~; 2. semakin meningkat kadar cukai apabila jumlah pendapatan yg boleh dicukai bertambah: cukai ~; 3. bertahap-tahap, berperingkat-peringkat: pelaksanaannya dlm bidang pentadbiran dan pendidikan sedang dijalankan secara ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai progresif | cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
PPP | kep Peoples’ Progressive Party (Parti Progresif Rakyat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
avant-garde | (Perancis) bersifat baru dan progresif (bkn idea, kesenian, kesusasteraan dsb): sebuah lukisan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kelunturan | 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sasterawan | 1. orang yg menghasilkan karya sastera (spt prosa dan puisi), ahli sastera, pengarang, pujangga: Asas 50 merupakan sebuah gerakan ~ yg progresif; 2. orang yg cerdik pandai, cendekiawan: memanggil segala ahli nujum dan ~; kesasterawanan hal (sifat dsb) yg berkaitan dgn sasterawan: pengarang harus memiliki keterampilan ~ yg menguasai teknik penulisan dan peka terhadap hal-hal kemanusiaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
luntur I | 1. turun atau berubah warnanya (kain cat, dll): kainnya teguh dan tidak ~; tahan ~ tidak turun warna; 2. berubah, bertukar (keyakinan, pendirian, keazaman, dsb): keazaman mereka utk bersatu tenaga tidak ~ walaupun mereka terpaksa menghadapi beberapa halangan; 3. hilang atau berkurang (kasih sayang dsb): kasihnya sudah mulai ~; kejelitaannya mulai ~ apabila umurnya meningkat tua; 4. turun atau menjadi rendah (pangkat, darjat, dsb); 5. tidak mujarab lagi (mantera, jampi, dll): jampi itu sudah ~; meluntur menjadi atau mulai luntur; melunturi luntur warnanya dan kena pd (kain, baju) yg lain: kain ini dicuci terasing supaya tidak ~ yg lain; melunturkan menyebabkan luntur (berubah atau hilang warna, keyakinan, kasih sayang, dll): kain yg berwarna perang itu dilunturkan utk mendapatkan kain putih; kelunturan 1. perihal luntur: ia menampakkan ~ dan kebelakangan pendapat yg progresif; 2. kena warna sesuatu yg luntur; pelunturan perihal melunturi atau melunturkan; peluntur bahan utk melunturkan kain dll; serbuk ~ sj serbuk yg digunakan utk melunturkan (memutihkan) kain dll. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cukai | 1. bayaran (bea, sumbangan) yg dikenakan oleh kerajaan terhadap orang perseorangan (perbadanan, syarikat, barang-barang, dll) utk perbelanjaan negara dll: ~ belian; ~ eksport; 2. = cuke Id bahagian drpd hasil tanah persendirian yg dikutip oleh tuan tanah; ~ belian cukai tak langsung yg dikenakan terhadap harga borong barang tertentu yg bukan barang perlu, biasanya dibayar oleh pengguna kpd peruncit yg akan membayar cukai kpd kerajaan; ~ eksport cukai yg dikenakan ke atas barang yg dieksport; ~ hiburan cukai yg dikenakan terhadap sesuatu bentuk hiburan (spt kelab malam, pawagam, dsb); ~ jalan cukai yg dikenakan terhadap kenderaan darat bermotor; ~ jualan cukai yg dikenakan terhadap barangan yg dijual yg bebannya terletak secara langsung pd pembeli; ~ korporat cukai syarikat; ~ laba harta tanah cukai terhadap laba drpd penjualan harta tanah; ~ langsung cukai yg dikenakan terus kpd pembayar cukai yg akan menjelaskannya kpd kerajaan (mis cukai pendapatan dan cukai laba harta tanah); ~ pelindung cukai atas barang-barang import utk melindungi barangbarang tempatan (utk mengelakkan persaingan yg boleh mengancam pengeluaran barang-barang tempatan); ~ pendapatan cukai yg dikenakan terhadap pendapatan; ~ perkhidmatan cukai yg dikenakan pd barang spt makanan dan minuman, atau perkhidmatan yg disediakan oleh perniagaan tertentu spt hotel, kelab malam, pusat kesihatan, dll; ~ pintu cukai yg dikenakan terhadap pemilik rumah; ~ progresif cukai yg kadar puratanya semakin tinggi apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ regresif cukai yg kadar puratanya semakin rendah apabila pendapatan seseorang semakin tinggi; ~ syarikat cukai yg dikenakan terhadap (keuntungan) syarikat; ~ tak langsung cukai yg dibayar oleh pembayar cukai melalui pembelian barang atau perkhidmatan (mis cukai jualan, cukai eksais, cukai import, cukai eksport, dll); ~ tanah cukai yg dikenakan atas pemilikan tanah; ~ tersembunyi cukai tak langsung yg dibayar oleh pengguna dgn menaikkan harga barang yg dijual tanpa pengetahuan pengguna; ~ warisan cukai yg dikenakan terhadap orang yg menerima harta pusaka; bercukai dikenakan cukai: barang ~; mencukai mengenakan cukai terhadap, mengutip cukai drpd: negara boleh mendapat wang dgn ~ orang ramai; percukaian yg berkaitan dgn cukai: spt biasa, struktur ~ paling menarik perhatian di kalangan rakyat jelata; pencukaian 1. perbuatan (prinsip dsb) mencukai, pengenaan cukai terhadap: ~ secara langsung mempengaruhi kehidupan manusia; 2. yg berkaitan dgn cukai-mencukai: karya asli dlm bidang ~ di Malaysia yg pertama ditulis dlm bahasa Malaysia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |