Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.jék.tor] | ڤروجيکتور

Definisi : (projéktor) alat utk menayangkan filem atau slaid pd skrin dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pro.jék.tor] | ڤروجيکتور

Definisi : /projéktor/ alat utk menayangkan gambar drpd filem, menayangkan slaid dsb pd skrin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata projektor


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
projektor/projéktor/ alat utk menayangkan gambar drpd filem, menayangkan slaid dsb pd skrin.Kamus Pelajar Edisi Kedua
projektor(projéktor) alat utk menayangkan filem atau slaid pd skrin dsb.Kamus Dewan Edisi Keempat
projektor /proj éktor/alat utk menayangkan gambar drpd filem.Kamus Pelajar
epidiaskop(épidiaskop) projektor utk menayangkan gambar benda-benda legap atau lut sinar.Kamus Dewan Edisi Keempat
gambar sorotId a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
pengunjuran1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur.Kamus Dewan Edisi Keempat
sorotcahaya, seri, sinar: sebentar-sebentar cincinnya berkilat-kilat kena ~ matahari; gambar ~ Id a) gambar hidup; b) projektor (gambar sisip dll); menyorot 1. memancar (cahaya, sinar), ber­cahaya, bersinar: nyala lampu minyak ~ ke­luar; matahari masih condong ~ dr belakang daun-daun kelapa yg mengilap-ngilap hijau; 2. = menyoroti memancarkan cahaya pd, menerangi (dgn cahaya), menyuluhi: biliknya hanya disoroti dgn lampu minyak yg samar-samar; 3. = menyoroti meman­dang dgn tajam: dia ~ muka anak muda itu; 4. ki menghuraikan atau membicarakan (peristiwa, pendapat, dll) dgn teliti: beliau telah ~ kembali sejarah kemasukan Islam ke tanah air kita ini; akan tetapi ada baha­giannya Kassim Ahmad ~ aspek isi dan bentuk karya-karya tertentu; sorotan 1. pancaran cahaya, sinaran: ~ lampu kereta menyilaukan mata mereka; 2. ki huraian (sesuatu perkara), pembicaraan: ia cuba membuat analisa atau ~ cerpen itu; penyorotan perihal (perbuatan) menyorot: ini disebabkan Zaid menyorot secara kritikal terhadap protagonisnya seperti mana yg lazim kita dapati dr ~ hikayat-hikayat lama terhadap tokoh utamanya; penyorot; lampu ~ a) lampu picit; b) lampu cari.Kamus Dewan Edisi Keempat
transparensi(transparénsi) helaian (plastik, dsb) yg lut sinar yg digunakan utk menayang­kan data (tulisan, gambar rajah, dsb) pd layar projektor.Kamus Dewan Edisi Keempat
unjur; mengunjur 1. duduk (berbaring) dgn meluruskan kedua-dua belah kaki; 2. menonjol atau menjulur ke luar dr sesuatu permukaan atau bahagian utama, menganjur: binaan tingkap di setiap bilik tidur dan ruang makan dibentuk secara ~; dilihat dr arah hadapan, rumah itu menonjolkan binaan pergola cengal yg ~ dr bumbung; mengunjurkan 1. meluruskan kedua-dua belah kaki (ketika berbaring, duduk), mem-baringkan dgn meluruskan kedua-dua belah kaki: dia merentangkan tangan dan ~ kaki, seakan-akan hendak melepaskan penat badannya; 2. meramalkan atau menganggar-kan sesuatu situasi (hasil, keputusan dsb) yg akan datang berdasarkan data, fakta dsb yg sedia ada, memprojeksikan: bank koperasi itu ~ keuntungan sebelum cukai sekurang-kurangnya RM85 juta bagi tahun 2003 ini; kami ~ 30 peratus pendapatan drpd pen-dapatan seluruh dunia menjelang tahun 2005; terunjur terhulur kaki (sewaktu duduk), terlunjur kaki: duduk dgn kaki ~; unjuran 1. bahagian sebelah kaki orang yg sedang berbaring, bahagian tempat kaki meng-unjur (pd petiduran), tumpuan kaki: anaknya yg tua sedang bermain-main kelereng di ~ ibunya; 2. anggaran atau jangkaan tentang sesuatu situasi, arah aliran dsb masa depan, terutamanya berdasarkan data, maklumat dsb yg berlaku sekarang, projeksi: ~ ini dibuat berdasarkan pertumbuhan penduduk sebanyak 2% setahun; pakar dan penganalisis ekonomi menyifatkan ~ positif satu peratus KDNK bagi tahun ini adalah realistik dan boleh diterima baik oleh pasaran; 3. sesuatu yg mengunjur ke luar dr sesuatu permukaan: di kepalanya terdapat ~ yg kelihatan spt dua mata kapak; dibiarkan ~ kayu atau buluh yg sama panjang di kedua-dua hujung rumah; pengunjuran 1. perihal mengeluarkan atau memancarkan gambar dsb pd sesuatu per-mukaan: projektor menayangkan imej ke skrin secara ~; 2. peramalan (ramalan) tentang sesuatu perkembangan atau kemungkinan berdasarkan maklumat atau kajian tertentu: pengurusan terutamanya melibatkan peran-cangan, menetapkan objektif, membuat ramalan dan ~, menganalisis masalah, dan membuat keputusan; ® lunjur.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas