Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.mo.ter] | ڤروموتر

Definisi : 1. orang atau pihak yg menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yg berusaha mem­perkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan; 3. IB profesor yg memim­pin dan mengawasi orang yg bakal menerima gelaran doktor. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata promoter


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
promoter1. orang atau pihak yg menganjurkan atau membiayai sesebuah kegiatan, mis acara sukan, penganjur; 2. orang yg berusaha mem­perkenalkan dan menggalakkan penjualan sesuatu barangan; 3. IB profesor yg memim­pin dan mengawasi orang yg bakal menerima gelaran doktor.Kamus Dewan Edisi Keempat
penganjur1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.Kamus Dewan Edisi Keempat
anjur Imaju ke depan, tonjol; ~ surat bak bertanam (dijemba-jemba bak bersiang) prb tipu muslihat melakukan sesuatu bukan dgn maju ke depan sahaja, sambil berundur pun boleh; beranjur mulai berjalan (melangkah dll); menganjur 1. keluar ke hadapan dr bahagian yg utama, menjulur, menonjol (ke depan): bumbung hadapan rumah dibuat ~ ke ha­dap­an; 2. beranjur; menganjuri mendahului (dlm sesuatu pe­kerjaan, usaha, dll): dialah yg ~ rombong­an tunjuk perasaan; menganjurkan 1. memajukan (menyorong, menghulur) ke depan: jangan dianjurkan badan keluar tingkap; 2. mengemukakan, mengesyorkan, menyarankan, mencadang­kan, mengusulkan: pengerusi ~ supaya mogok makan; 3. mengadakan: ~ ceramah; teranjur ark terlanjur; anjuran 1. sesuatu yg dianjurkan, syor, usul, cadangan, saranan: ~nya supaya wanita masuk tentera wataniah mendapat sambutan baik; 2. sesuatu (majlis dsb) yg diadakan oleh seseorang (persatuan dsb): pesta budaya ~ Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan; penganjuran perihal (perbuatan, usaha dsb) menganjurkan: kita perlu sedar akan mat­lamat ~ sukan rakyat itu utk generasi muda kita sekarang ini; ~ Pesta Pantun peringkat kebangsaan dapat mengetengah­kan pel­bagai kebudayaan tradisi penduduk negeri Perak; penganjur 1. orang yg mendahului sesuatu (berjalan dll): dua orang pemuda berjalan di depan sbg ~; 2. orang yg menganjuri sesuatu usaha dsb (pemimpin, pemula, dll): ~ rakyat; 3. orang yg mengadakan sesuatu majlis dsb, promoter: ~ pertunjukan pentas.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas