model rujukan ISO(ISO reference model) | Model rujukan piawai yang dicadangkan oleh ISO untuk sistem perhubungan data. Model ini membolehkan penyambungan sistem terbuka dilakukan di antara peralatan komputer yang berlainan piawaian protokol perhubungan. Ada tujuh lapisan struktur protokol bagi protokol bagi perhubungan data dalam model ini. | Kamus Komputer |
protokol | 1 peraturan rasmi dlm sesuatu istiadat (spt upacara menyambut tetamu luar negara). 2 surat rasmi yg berisi keputusan sesuatu rundingan dll. 3 ist set peraturan dlm rangkaian utk digunakan bagi pertukaran data antara sistem. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
protokol | 1. surat-surat rasmi bkn keputusan perundingan (persetujuan dll); 2. peraturanperaturan dlm istiadat rasmi (menyambut tetamu-tetamu negara dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
protokol komunikasi(communication protocol) | Peraturan yang perlu dipatuhi oleh pihak penghantar dan pihak penerima data untuk membolehkan data dikirim secara selamat dan tersusun. | Kamus Komputer |
protokol antara sempadan(transborder protocol) | Peraturan yang disepakati oleh negara-negara berjiran untuk membolehkan data dikirim dengan selamat secara tersusun di antara negara-negara tersebut. | Kamus Komputer |
protokol | 1 surat-surat rasmi yg berisi keputusan sesuatu rundingan dll. 2 peraturan-peraturan rasmi dlm sesuatu istiadat (spt upacara menyambut tetamu luar negeri dll). | Kamus Pelajar |
protokol capaian data(data acesss protocol) | Protokol untuk pemindahan fail. Singkatan DAP. | Kamus Komputer |
WAP | akronim bagi Wireless Application Protocol (Protokol Aplikasi Tanpa Wayar, iaitu suatu sistem yg membolehkan pengguna mengakses internet dgn menggunakan telefon bimbit). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem bas(bus system) | Tatatanda, seni bina, protokol, dan peraturan yang digunakan bagi bas komputer. | Kamus Komputer |
FTP | Singkatan bagi file transfer protocol, iaitu protokol pindahan fail . | Kamus Komputer |