Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pro.to.taip] | ڤروتوتاءيڤ

Definisi : model pertama yg dibina bagi menghasilkan sesuatu (spt perisian komputer) yg dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yg lebih baik (canggih). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata prototaip


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
prototaipmodel pertama yg dibina bagi menghasilkan sesuatu (spt perisian komputer) yg dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yg lebih baik (canggih).Kamus Dewan Edisi Keempat
prototaip perkakasan(hardware prototype)Perkakasan awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perkakasan awal ini digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum perkakasan sebenar dibina.Kamus Komputer
prototaip perisian(software prototype)Perisian awal komputer bagi penggunaan tertentu yang dibina untuk membolehkan beberapa perkara dikaji dan diuji. Perisian awal ini juga digunakan untuk mendapatkan maklum balas daripada pengguna sebelum bungkusan perisian sebenar dikarang dan disebarkan kepada umum.Kamus Komputer
arketaip(arkétaip) model asal sesuatu mesin, sistem dll yg menjadi contoh, prototaip.Kamus Dewan Edisi Keempat
pembalutan dawai(wirewrapping)Kaedah pendawaian litar elektronik yang digunakan untuk membina litar prototaip atau litar ujian. Komponen elektronik pada papan litar disalingsambungkan dengan membalut puncanya dengan dawai halus tanpa menggunakan pateri. Apabila litar ini telah diuji dan disahkan berjaya, barulah papan liter tercetak dibina.Kamus Komputer

Kembali ke atas