sufistik | bersifat spt orang tasawuf: puisi-puisi ~ Abdul Hadi W.M. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ambiguiti | kesamaran yg memungkinkan dua atau beberapa tafsiran, ketaksaan: puisi-puisi M. Ghazali misalnya dianalisis oleh Shahnon melalui kecenderungan ~ yg ketara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puisi | karangan yg berbentuk sajak (syair, pantun, dll); berpuisi mengarang puisi, menyatakan sesuatu dlm bentuk puisi; mempuisikan melahirkan (menyampaikan, menyatakan) sesuatu dlm bentuk puisi: pelbagai kisah yg dipuisikan itu boleh menghiburkan hati selepas berpenat lelah di sawah ladang; kepuisian berkaitan dgn puisi, yg menunjukkan ciri-ciri dlm puisi: pembaca tidak dapat memahaminya dan mutu ~nya kurang dapat dirasai oleh pembaca; perpuisian segala-gala yg berkaitan dgn puisi: kita di Malaysia telah lama berusaha membentuk suatu tradisi ~ yg kuat; sejarah ~ Melayu; pemuisi orang yg mencipta (mengarang, menulis atau mendeklamasikan) puisi, penyajak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naratif | 1. cerita atau kisah tentang peristiwa, pengalaman, dll: bolehlah dikatakan bahawa sesuatu ~ spt cerpen, cereka dan sebagainya adalah merupakan hasil drpd prestasi linguistik; 2. yg menceritakan (mengisahkan): gaya ~nya juga mirip karangan biasa; puisi ~ puisi (sajak) yg mengisahkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menenuni | menggubah: aku dan kau ~ puisi demi puisi mencari intisari suatu nilai suatu erti; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
deklamasi | /déklamasi/ pembacaan sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya: ~ sajak. berdeklamasi membaca sajak, puisi dsb dgn lagu dan gaya. mendeklamasikan membaca (sajak, puisi dsb) dgn lagu dan gaya: Dia telah ~ sajak-sajaknya sejak setahun yg lalu. pendeklamasian perbuatan atau hal mendeklamasikan sajak, puisi dsb. pendeklamasi orang yg mendeklamasikan sajak, puisi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
esoterik | (ésoterik) hanya difahami, diketahui atau dihayati oleh sebilangan kecil orang sahaja (bkn faham, kepercayaan, puisi dll): puisi ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
prosa | karangan yg bertulis dgn bahasa yg biasa (tidak berbentuk sajak dll), lwn puisi; memprosakan menukarkan puisi (sajak dsb) kpd prosa: mereka juga diberi bimbingan tentang teknik ~ puisi, sajak dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puisi | karangan bersajak spt pantun, syair dll. | Kamus Pelajar |
apresiasi | (aprésiasi) 1. penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll seseorang atau sesuatu pihak); 2. pengiktirafan serta penghayatan nilai dll (sesuatu karya) sastera atau seni: kegiatan ~ sastera spt deklamasi puisi dan nyanyian puisi bukan lagi menjadi milik sasterawan kota; ~ masyarakat terhadap seni lukis masih rendah; mengapresiasi 1. memberikan penghargaan (terhadap sumbangan, jasa, dll), menghargai; 2. mengiktiraf dan menghayati nilai dll sesuatu karya sastera atau seni: pengetahuan itu dapat memudahkan kita ~ drama dan menikmatinya dgn lebih bermakna dan berkesan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |