Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : tanah atau daratan dikelilingi oleh air (di laut, di sungai, dll); belayar di ~ kapuk Id, bp tidur; ~ sudah lenyap, daratan sudah tenggelam gagal sama sekali; ~ harapan (perca) Id Pulau Sumatera; ~ karang (Geog) pulau yg terjadi drpd batu karang (jauh dr daratan), terumbu; belayar menentang (mengadang, menuju) ~ prb sesuatu pekerjaan itu harus ada tujuannya; spt batu di ~ prb amat banyak; berpulau, berpulau-pulau 1. bertompok­-tompok (orang, kampung, dll); 2. mempu­nyai pulau (lautan dll); pulau-memulau saling memulaukan: kejadian ~ juga berlaku dlm masyarakat itu; memulaukan 1. memisahkan drpd yg lain, mengasingkan, menyisihkan seseorang atau menyisihkan diri daripadanya (sehingga tidak ada perhubungan antaranya dgn orang lain): mereka yg melanggar pantang larang kadangkala dipulaukan oleh keluarga sendiri; orang itu telah dipulaukan drpd masyarakat setempat; 2. enggan menyertai atau berurusan dgn sesuatu, memboikot: hanya Parti Buruh sahaja yg ~ pilihan raya kali ini; terpulau dipulaukan, disingkirkan; kepulauan sekumpulan pulau, gugusan beberapa buah pulau: ~ Melayu; ~ Riau; pemulauan perbuatan memulaukan, pem­boikotan, pengasingan: ~ terhadap barang-barang dr Afrika Selatan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pu.lau] | ڤولاو

Definisi : kawasan tanah yg dikelilingi air di laut atau di sungai: ~ Pinang; ~ Tioman. memulaukan 1 memisahkan dr yg lain; mengasingkan. 2 tidak mempedulikan; memboikot. kepulauan kumpulan beberapa buah pulau; gugusan pulau: ~ Melayu. pemulauan perbuatan atau hal memulaukan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pulau

Puisi
 

Pulau Pisang Pulau Pauh,
     Sampai ketiga Pulau Kemudi;
Kami datang dari jauh,
     Kerana hendak membalas budi.


Lihat selanjutnya...(109)
Peribahasa

Pergi ke pulau batu digalas.

Bermaksud :

Sengaja mencari kesusahan.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tokong IIpulau kecil yg terdiri drpd batu karang (tidak ada tumbuh-tumbuhan); ~ pulau gugusan pulau-pulau kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
tokong pulaugugusan pulau-pulau kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
NusantaraGugusan Pulau-Pulau Melayu.Kamus Pelajar
gugusanserangkai, sekelompok, setompok: ~ pulau-pulau;Kamus Dewan Edisi Keempat
antarpulauId dlm lingkungan pulau-pulau.Kamus Dewan Edisi Keempat
selat Ilaut yg sempit yg menceraikan dua daratan atau pulau-pulau: S~ Melaka; S~ Teberau; Negeri-Negeri S~ negeri-negeri yg letaknya di Selat Melaka (Singapura, Melaka, dan Pulau Pinang pd zaman kolonial).Kamus Dewan Edisi Keempat
selatlaut sempit yg memisahkan pulau-pulau atau yg memisahkan dua tanah besar: ~ Melaka; ~ Teberau.Kamus Pelajar Edisi Kedua
selatlaut sempit yg memisahkan pulau-pulau atau yg memisahkan dua tanah besar: ~ Melaka; ~ Teberau.Kamus Pelajar
gugusansesuatu yg berada dlm kelompok: ~ pulau-pulau.Kamus Dewan Edisi Keempat
peta lautpeta yg khusus menunjukkan laut (pulau­pulau, aliran ombak, dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas