Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[pung.gur] | ڤوڠݢور

Definisi : batang kayu mati yg tidak ada dahan­nya lagi; ~ rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya; bagai ~ rebah prb keadaan seseorang yg ge­muk jatuh; memunggur ark menjadi buruk (kering mati): diharap kasih sayang kita tidak ~ dek kepanasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[pung.gur] | ڤوڠݢور

Definisi : batang kayu mati yg tidak berdahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata punggur

Peribahasa

Gagak lalu punggur rebah.

Bermaksud :

Orang besar yang berlaku kurang adil kepada orang kecil, kerana mahu memperlihatkan kekuasaannya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
punggurbatang kayu mati yg tidak berdahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
punggurbatang kayu mati yg tidak ada dahan­nya lagi; ~ rebah belatuk menumpang mati prb jika orang yg jadi pelindung atau penaung jatuh, anak buahnya pun akan merasai akibatnya; bagai ~ rebah prb keadaan seseorang yg ge­muk jatuh; memunggur ark menjadi buruk (kering mati): diharap kasih sayang kita tidak ~ dek kepanasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
punggurbatang kayu mati yg tidak berdahan.Kamus Pelajar
belatuksj burung dlm famili Picidae, jelatuk, pelatuk; ~ ara, Pigaus xanthopygaeus; ~ biji nangka, Micropternus brachyurus; ~ gunung, Picus canus; ~ hijau, Picus vitatus; ~ mas, Picus puniceus; ~ merah, Picus miniaceus; ~ pinang, Dinopium javanense; ~ punggur, Blythipicus rubiginosus; ~ raja, Picoides cathpharius; ~ rotan, Picus viridanus; punggur tumbang, ~ menumpang mati prb terlibat dlm kesalahan orang lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggul punggurpangkal batang kayu yg sudah matiKamus Dewan Edisi Keempat
belatuk punggurBlythipicus rubiginosus;Kamus Dewan Edisi Keempat
bongkotJw pangkal batang kayu, punggur.Kamus Dewan Edisi Keempat
tunggul I1. pangkal pokok kayu yg masih tertinggal dlm tanah (setelah ditebang): ia duduk di atas sebuah ~ kayu; ~ punggur pangkal batang kayu yg sudah mati; 2. batang padi (lalang dll) yg tertinggal setelah dituai atau disabit: ~ padi; 3. pancang, tongkat (utk menambatkan perahu dll); ~ kayu ditarah pelicin, (dia) elok juga, jangankan manusia = ~ itu kalau dipakai, elok juga prb perempuan yg buruk itu akan cantik juga kelihatannya apabila diberi pakai­an yg elok; ~ terbakar di tengah huma prb rupa seseorang yg sangat hitam; berunding dgn ~ prb perihal menanyai dan memberi nasihat kpd seseorang yg hanya mendiamkan diri (tidak menjawab, membantah, atau mengiakan); bertunggul ada tunggulnya; ~ pemarasan prb pekerjaan yg tidak sempurna; penunggul kayu yg agak berat tempat menambatkan kerbau dll (supaya jangan pergi jauh); ~ gobek kayu utk mengeluarkan sirih dlm gobek; kayu ~ tonggak pd empang.Kamus Dewan Edisi Keempat
gagak1. sj burung dendang berbulu hitam berkilat dan berbunyi garuk; ~ paruh besar, Corvus macrorhynchos; ~ hutan = ~ paruh rampai, Corvus enca; 2. = ~ gunung sj burung, Cissa chinensis; 3. = ~ paruh emas sj burung, Urocissa flavirostris; ~ bersuara murai prb seorang yg hodoh rupanya tetapi mempunyai suara merdu dan budi bahasa yg baik; ~ lalu punggur rebah prb orang yg ingin menunjukkan kuasanya (berlaku tidak adil kpd yg lemah); ketika ~ putih bangau hitam prb pd zaman dahulukala; selama hitam ~, selama air mengalir jua prb kekal abadi (selama-lamanya); spt burung ~ pulang ke benua prb walaupun sudah merantau tidak berubah keadaannya.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas