puri | 1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puri I | 1. sl benteng atau kota yg dilingkungi parit: ~ dgn lubang-lubang tempat menembak; 2. istana, keraton: mengamuk segala dayang dlm ~; 3. ruang atau tempat yg lega dlm istana; 4. (Bali) rumah pemujaan, kuil: kemudian nyala api kelihatan membumbung-bumbung dr atas ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
puri | 1 rumah yg biasanya indah-indah tempat tinggal raja-raja; istana. 2 kota yg dilengkapi parit. | Kamus Pelajar |
puri II | perahan yg pekat drpd buah atau sayur yg dimasak dan ditapis; memurikan memproses atau membuat buahbuahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasi tomato | nasi yg dimasak dgn tomato puri dan dicampur dgn susu cair, biasanya dihidangkan bersama-sama dgn ayam atau daging; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memurikan | memproses atau membuat buahbuahan atau sayur-sayuran menjadi puri: ~ tomato. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertambat | terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tambat | bertambat terikat (pd pokok, tiang, pancang, dll), berlabuh dan terikat pd sesuatu (kapal): kapal itu pun masuk ke kuala pelabuhan negeri Labuhan Puri dan terus rapat dan ~ di pangkalan besar; bertambatan bertalian, terikat pd; perahu ~ dagang bertepatan prb melakukan sesuatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; menambat 1. mengikat dgn tali pd pancang (tiang dll): dia membiarkan Umbang turun ke pantai ~ perahu; 2. ki memikat, menawan, menarik (hati dll): dia telah berjaya ~ hati pembaca dan menimbulkan perasaan ngeri sampai akhir cerita; menambati sl menambat sesuatu pd: segala pohon kayu itu sekaliannya ditambati puntung api; tertambat 1. terikat (pd): seekor kerbau ~ pd sebatang pokok; perahu itu ~ pd sebatang tiang; 2. ki terpikat, tertawan, tertarik (hati, perhatian, dll): hatinya telah ~ dan bulat kpd Ismayatim; tambatan 1. pancang dll utk menambatkan binatang (perahu dll): dr situ, mereka berjalan kaki menuju ke ~ kapal; 2. sesuatu (spt tali dsb) utk menambat: mereka kemudian membuka tali ~ yg terlilit-lilit pd pokok pisang itu; 3. = ~ jiwa = ~ larat orang yg dikasihi (dicintai), kekasih; pertambatan ikatan, pertalian, perkaitan; penambat 1. alat utk menambat, pengikat: telah putuskah tali ~ kerbau itu? 2. ki orang yg menambat (hati), pemikat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengatur | 1. meletakkan (sesuatu) dlm susunan yg baik atau sebagaimana yg diingini: ~ pasu bunga di taman; ~ buku di rak; 2. menguruskan (supaya rapi, kemas, berjalan dgn baik, dsb): ~ persiapan utk menyambut Hari Kebangsaan Negara; apa guna mencampuri hal rumah tangga orang sedangkan rumah tangga sendiri belum dapat diatur; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terdiri | 1. (telah sedia) berdiri atau didirikan, (tiba-tiba, masih) berdiri: perempuan muda yg sedang menaiki tangga itu terhenti dan ~ apabila namanya dipanggil; berhambuslah segera, aku benci melihat muka-muka pengecut ~ di hadapanku; 2. telah didirikan (dibina, dibangunkan), terbina, terbangun: di kiri kanan lorong sempit itu, ~ beberapa buah rumah; 3. sl dapat bertahan: maka segala rakyat Indera Puri Negara dgn hulubalang empat itu lalu pecah tiada ~ lagi lalu larilah datang kpd Sardal dan Kamdakata; ~ drpd terbentuk (terjadi, terjalin) drpd: mereka yg menyerang dan merompak itu ~ drpd pemuda-pemuda yg telah rosak akhlak; penaja perkumpulan ini hanya ~ drpd dua orang sahaja; | Kamus Dewan Edisi Keempat |