pusaka rendah | pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusaka tinggi | harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wasiat II | pusaka: keris ~ keris pusaka. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
wasiat II | 1. pusaka; keris ~ keris pusaka; 2. yg bertuah, yg dapat membuat sesuatu yg ganjil dll, yg aneh, yg ghaib: tongkat ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewariskan | 1. meninggalkan harta pusaka kpd, memberikan pusaka atau peninggalan kpd: aku akan ~ hasil-hasil seni ini kpd rakyatku; 2. menjadikan seseorang sbg waris; 3. ark mewarisi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menggugat | 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gugat I | ; menggugat 1. mendakwa, mengadukan (perkara) kpd mahkamah; ~ pusaka mengadukan perkara pusaka kpd mahkamah; 2. mendesak supaya menepati janji, membangkitkan perkara yg sudah-sudah, mengkritik dgn keras, mencela, membantah, menyanggah: ahli Dewan Rakyat itu digugat oleh ahli-ahli partinya kerana tidak menepati janji; tergugat digugat: ketenteraman masyarakat telah ~; gugatan dakwaan, tuntutan, celaan, sanggahan; penggugatan perihal atau perbuatan menggugat; penggugat orang yg menggugat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusaka | 1 segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg meninggal. 2 sesuatu yg dipunyai turun-temurun: keris ~ keris yg diwarisi turun-temurun. memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: Dialah yg berhak ~ harta ayahnya. memusakakan memberikan (mewariskan) sbg pusaka: Dia telah ~ harta bendanya kpd isteri dan anak-anaknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pusaka | 1. segala harta benda yg ditinggalkan oleh orang yg telah meninggal (utk diwarisi oleh keluarganya dll), warisan: ayahnya baru meninggal dunia dgn meninggalkannya ~ yg agak banyak juga; 2. sesuatu yg diwarisi turun-temurun; adat ~ adat yg turun-temurun; keris (tanah) ~ keris (tanah) yg diwarisi turun-temurun; 3. = harta ~ Mn harta turun-temurun drpd nenek moyang yg boleh digunakan oleh kaum keluarga sahaja dan tidak boleh dijual dll; ~ rendah pusaka yg diperoleh drpd orang perseorangan (barang-barang pemberian dll); ~ tinggi harta pusaka yg dimiliki oleh kaum (tanah dll); berpusaka beroleh (memiliki) pusaka; memusakai menerima (mewarisi) pusaka drpd: kepercayaan-kepercayaan ini telah dipusakai oleh orang Melayu drpd nenek moyang mereka; waris-warisnya ~ hartanya; memusakakan meninggalkan (memberi) pusaka kpd: dlm wasiatnya segala hartanya dipusakakan kpd isteri dan anaknya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pusaka gantung | waris yg belum diketahui pemiliknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |