raba I | tekaan, agakan, dugaan, taksiran; salah ~ salah dugaan; meraba, meraba-raba 1. menyentuh (memegang-megang, menjamah) kerana hendak merasai atau mencari sesuatu (dgn tidak melihat): serangga menggunakan sesungutnya utk ~ jalan; tuan Sutan meraba-raba mukanya kalau sungguh-sungguh ada lumpur terpalit; 2. mencari sesuatu pd tubuh orang (dlm saku dll), memeriksa orang utk mencari sesuatu: susahlah sedikit memeriksa perempuan yg lalu, takkan nak diraba seluruh tubuhnya; Amir ~ saku seluarnya dan mengeluarkan rokok; 3. meneka, mengagak (yg tidak terang), mencuba-cuba mendapatkan sesuatu: ia mencuba meraba-raba maksud kata-kata ibu tirinya; ia mencari-cari jawabannya sendiri, meraba-raba sendiri; merabai meraba berkali-kali atau merata-rata: dia membiarkan dirinya diciumi dan dirabai; teraba-raba 1. meraba-raba (memegang-megang); 2. tercari-cari (sesuatu yg terselindung dsb): sebelum mengucapkannya, mereka tentunya akan ~ utk mencari rumus pemakaiannya; rabaan 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; peraba; alat ~ pancaindera utk merasa (dgn kulit), perasaan kulit, perasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rabaan | 1. sentuhan utk meraba(-raba); 2. agakan, dugaan, taksiran, tekaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raba | ; meraba 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya, kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
raba; meraba | 1 menyentuh kerana hendak merasa atau hendak mencari sesuatu: Orang buta itu ~ mencari tongkatnya. Gadis itu ~ pipinya kalau-kalau ada jerawat. 2 mencari sesuatu dlm saku dll; memeriksa orang kerana mencari sesuatu: Haris ~ sakunya dan mengeluarkan duit 5 sen. 3 mengagak sesuatu yg belum diketahui; menduga: Drpd gerak-gerinya kita dpt ~ tujuannya datang ke mari. rabaan sentuhan kerana hendak merasa atau mencari sesuatu. | Kamus Pelajar |