Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ra.din] | رادين

Definisi : ark; padi ~ sj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata radin


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
radinark; padi ~ sj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi radinsj padi (ringan), padi cere, Oryza sativa.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi lekas (radin, ringan)padi yg cepat berbuah;Kamus Dewan Edisi Keempat
padi ceresj padi, padi radin, Oryza sativa.Kamus Dewan Edisi Keempat
cere (ceré); padi ~ sj padi, padi radin, Oryza sativa.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi genjahpadi yg cepat berbuah, padi radin.Kamus Dewan Edisi Keempat
genjahJw; padi ~ padi yg cepat berbuah, padi radin.Kamus Dewan Edisi Keempat
menantikanmenunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
nanti IItunggu; ~ sebentar tunggu sebentar; menanti 1. menunggu (ketibaan sesuatu): ia sedang ~ di sana; 2. tersedia utk dihadiahkan (diberikan dsb): hadiah wang tunai RM100 000 ~ kampung yg dipilih sbg yg tercantik dan terbersih; menanti-nanti sentiasa (lama) menanti, menunggu-nunggu: dinanti-nantilah oleh semua pemanggil itu akan Pak Lebai be­berapa lamanya hingga beralih mata­hari, tiadalah juga Pak Lebai datang; menantikan menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; menanti-nantikan menunggu-nunggu keti­baan sesuatu, menunggu-nunggu akan: orang yg telah lama hilang dilarikan si pengayau dinanti-nantikan; ternanti-nanti, nanti-nantian menunggu-nunggu dgn penuh harapan, selalu berharap: ibu tirinya memang ~ hendak mendengar buah fikirannya; ibu telah ~ agaknya; ~ bagai berlakikan raja prb a) perihal orang yg ber­hajat kpd seseorang yg tidak sangat berke­hendak kepadanya; b) menantikan perto­longan orang yg banyak pekerjaannya; penantian 1. perihal menanti: ~ itu mem­bingungkan dan mencemaskan; Encik Ramli beku dlm ~; pertunangan selama enam bulan bukanlah suatu ~ yg singkat bagi orang yg sedang mabuk cinta; 2. tempat menanti (menunggu); penanti (orang) yg menanti, penunggu, pe­nyam­but tetamu.Kamus Dewan Edisi Keempat
padi I1. sj tumbuhan (rumput yg buahnya dijadikan beras), Oryza spp.; 2. buah pokok padi; ~ bendang (paya, sawah) padi yg ditanam di tempat yg berair; ~ berat (dalam, lambat) padi yg lama baru berbuah, padi yg lambat berbuah; ~ berdukung padi yg kembar buah­nya dan dianggap bertuah; ~ bibit padi yg bakal disemai; ~ bukit (gogo, huma, ladang) padi yg ditanam di tempat yg tidak berair; ~ burung sj tumbuhan (rumput) yg biasanya tumbuh di sawah, Echibochloa crusgalli; ~ cerai padi yg cepat berbuah dan kecil-kecil buahnya; ~ kernap padi semaian utk meng­gantikan pokok yg mati; ~ ketam padi pulut; ~ kunca peminjaman wang oleh petani dgn perjanjian akan dibayar dgn padi apabila masak nanti; ~ lekas (radin, ringan) padi yg cepat berbuah; ~ Mahsuri sj padi kacukan (antara padi dr Taiwan dgn padi dr Kedah) yg menghasilkan tanaman dua kali setahun; ~ Malinja sj padi kacukan (antara padi Malay­sia, India dan Jepun) yg menghasilkan biji padi yg besar; ~ pulut (sipulut) padi yg berasnya melekat-lekat (biasanya dibuat penganan dll); ~ rambai Kd sj padi yg panjang, berwarna putih (tidak lagi ditanam sekarang); ~ usang a) padi yg lama tersimpan; b) Kl orang tua yg berpengalaman banyak; ~ dikebat dgn daunnya prb mengusahakan sesuatu tidak dgn modal lain tetapi dgn bahagian usaha itu jua; ~ masak jagung mengupih prb keuntungan yg diperoleh dgn berlipat ganda; ~ segenggam dgn senang hati, lebih baik drpd ~ selumbung dgn bersusah hati prb kesenangan hati lebih berharga drpd kekayaan; ~ sekepuk hampa, emas spt loyang, kerbau sekandang jalang prb perihal seseorang yg nampaknya kaya tetapi sebe­narnya miskin; ~ selumbung dimakan orang banyak prb hiburan kpd isteri drpd seorang suami yg beristeri lebih drpd satu; ~ setangkai bernas semuanya prb keluarga yg bahagia dan beruntung semuanya; baik membawa resmi ~, jangan membawa resmi lalang = spt buah ~, makin berisi makin rendah, jangan spt lalang, makin lama makin tinggi = spt ilmu ~ kian berisi kian runduk prb semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri (tidak sombong); bukan tanahnya menjadi ~ prb bukan tampannya akan jadi orang baik-baik; jika ada ~, tentu ada hampanya = jika ada ~ berhampalah, jika ada hati berasalah prb siapa yg berasa tersindir, dialah yg berbuat sbg yg disindirkan itu; jika kasih akan ~, buangkanlah akan rumput prb jika kasihkan anak isteri, berhentikanlah drpd mengasihi orang lain; menyisip ~ dgn bilalang (lalang) prb mencam­purkan yg baik dgn yg jahat, akhirnya musnah­lah yg baik itu; spt ~ hampa, makin lama makin mencongak prb orang sombong yg tidak berilmu, makin lama semakin tinggi cakapnya; tak ada ~ yg bernas setangkai prb tidak ada sesuatu yg sempurna segala-galanya; berpadi 1. mempunyai padi; 2. bertanam (bersawah, berladang) padi; musim beremas kemas, ~ menjadi prb orang berharta dapat mencapai apa yg dikehendakinya; padi-padian segala tumbuhan (rumput) jenis padi.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas