mencucurkan | 1 mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2 ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rahmat | Ar 1. belas kasihan: moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atas hakim; dipohonkan ~ drpd Yang Maha Kuasa; 2. kurnia, berkat: ~ Allah; mudah-mudahan Allah limpahkan ~ dan nikmat hidup padanya; 3. bahagia: malam itu mereka berjumpa lagi, alangkah ~nya; 4. kelebihan, hikmah, faedah, kegunaan: dia teringat kpd ~-~ puasa yg diamalkannya selama ini; kata yg benar ditidakkan, ~ Tuhan dilarikan prb ingkar drpd mengakui kebenaran; merahmati 1. mengasihani; 2. memberkati, menganugerahi, mengurniai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucuri | 1. menuang air dsb pd, menyirami, menjirus: dia ~ kakinya yg berlumpur dgn air; 2. melimpahkan rahmat dsb ke atas atau pd seseorang: Tuhan ~ makhluk-Nya dgn rahmat; semoga Allah ~ kita dgn rahmat dan hidayah-Nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rahmat | 1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rahmat | 1 belas kasihan: Moga-moga Tuhan mengurniakan ~ ke atasnya. 2 kurnia (Allah): Moga-moga Allah melimpahkan ~ dan nikmat hidup ke atasnya. merahmati 1 mengasihi. 2 memberkati; memberi rahmat kpd. | Kamus Pelajar |
berkat | 1. rahmat, restu, sempena: hai anakku, hendaklah kau ingatkan wasiatku ini supaya diberi Allah engkau ~; mengambil ~; 2. dgn pengaruh (akibat, sebab), sbg hasil (manfaat dsb) drpd: dia mencapai kedudukan itu ~ ketekunannya; 3. mujur, berbahagia: dlm bulan puasa yg ~ ini, kita meminta doa kpd Allah; ~ afwah = ~ tuah dgn afwah (tuah); memberkati memberi sempena (rahmat, restu): semoga engkau diberkati Tuhan dlm penghidupanmu; sami itu ~ mereka dgn membaca mantera;keberkatan sesuatu amalan yg mendatangkan berkat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mencucurkan | 1. mengalirkan sesuatu ke bawah; memancurkan: ~ air mata menangis; ~ peluh bekerja keras. 2. ki mengurniakan; melimpahkan (rahmat dll): Semoga Tuhan ~ rahmat ke atas rohnya. | Kamus Pelajar |
berkat | 1 kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~-Nya kpd kita semua. 2 dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anak-anak berdua sihat-sihat saja. 2 beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1 memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2 mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkat | 1. kurnia atau rahmat Allah yg mendatangkan kebaikan kpd kehidupan manusia: Mudah-mudahan Allah akan melimpahkan ~ - Nya kpd kita semua. 2. dgn sebab atau dgn pengaruh; oleh sebab: ~ doa ayahanda, anakanda berdua sihat-sihat saja. 3. beruntung atau berbahagia; mujur: Tidak ~ jika kita makan harta orang secara tidak halal. memberkati 1. memberi berkat atau rahmat kpd: Moga-moga Allah ~ usaha kita yg mulia ini. 2. mendatangkan kebaikan atau keuntungan kpd; memberi berkat kpd: Tidak berguna kita menyimpan harta curian kerana itu tidak akan ~ kita. keberkatan hal atau keadaan berkat. | Kamus Pelajar |
hujan rahmat | a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |