permaisuri | 1. isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
raja perempuan | permaisuri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maharani | raja perempuan; permaisuri. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
sultanah | Ar raja perempuan, tengku ampuan, permaisuri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rani I | raja perempuan, permaisuri, ratu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
maharani | sl raja perempuan, ratu, permaisuri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
suri III | raja perempuan, rani; ibu ~ ibunda raja; ~ rumah (tangga) isteri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
permaisuri | isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
permaisuri | isteri kpd raja yg memerintah; raja perempuan; ratu. | Kamus Pelajar |
menyebut | 1. menggelar (sesuatu), memberi nama (panggilan yg tertentu): adapun Tun Fatimah disebut orang Raja Perempuan Besar; 2. memanggil, menyeru (nama dll): aku hanya turut mendengar dan berasa megah namaku disebut berulang-ulang; 3. melafazkan, mengucapkan (sesuatu perkata-an, kalimah, dll): guru hendaklah ~ sesuatu perkataan itu dgn terang; 4. memperkatakan (menceritakan, mengatakan) sesuatu: kenyataan kerajaan itu tidak ~ sebarang kemalangan jiwa spt yg telah disebut tadi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |