rajah II | ; ~ bangun sj tumbuhan (herba), kerencong, setawar padang, tumbuh daun, Bryophyllum pinnatum (calcynum); ~ kayu a) sj tumbuhan (pokok), dulang, tengguli, Cassiafistula; b) sj tumbuhan (herba), juang-juang, jenjuang, lenjuang bukit, tapak leman, tapuh, Dracaena congesta; c) sj tumbuhan (pokok renek), Dracaena porteri (congesta). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pelan II | 1. rajah yg menggambarkan bentuk (ukuran, letak) sesuatu bangunan (tanah dll); ~ bandar; ~ rumah; 2. rancangan yg sudah diatur utk dilaksanakan; ~ induk rancangan menyeluruh yg merangkumi seluruh dasar dan segala rancangan kegiatan yg akan dilaksanakan (dlm pembangunan, perekonomian, dsb): beberapa kajian yg terkandung dlm P~ Perindustrian Malaysia; ~ lantai (S.Bina) lukisan mengikut skala bagi susun atur bilik dsb pd satu lantai sesebuah bangunan; ~ tindakan langkahlangkah tindakan yg diambil utk mencapai sesuatu tujuan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
papar II | ; memaparkan 1. mempamerkan (menyatakan, menghuraikan, menunjukkan dsb) supaya dapat dilihat, difahami, diketahui dsb, mendedahkan, membentangkan: dipa-parkannya segala isi hatinya; ~ satu kejadian yg berlaku pd zaman Jepun; 2. memperlihatkan teks, data, grafik dsb pd skrin komputer dsb; terpapar (telah) dipaparkan, terbentang, tergambar, tertera: di dlm rajah ini ada ~ dua jenis skala; hal seumpama itu sering ~ dlm akhbar dan majalah; paparan 1. sesuatu (penjelasan, kenyataan, huraian dsb) yg dipaparkan: ~ kesengsaraan mangsa perang itu di media massa pernah membuat lidahnya kelu buat seketika; ~ kes ini menunjukkan seolah-olah usaha kerajaan selama ini utk mengurangkan kadar jenayah belum mencukupi; 2. maklumat spt teks, perkataan, grafik, simbol, gambar dsb yg dipaparkan pd skrin komputer dsb: telefon itu menawarkan ~ grafik yg besar; pemaparan perihal (perbuatan, proses, usaha dsb) memaparkan: ~ teksnya tidak begitu bagus; media massa terlalu banyak memberi ruang kpd ~ hidup cara Barat; pemapar alat (unsur dsb) yg memaparkan sesuatu: telefon bimbit itu mempunyai unit ~ grafik berwarna utk penggunaan yg menarik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |