rajuk | ; merajuk 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu dijemput kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin); merajuki merajuk terhadap (kpd): kalau lambat pulang ia akan dirajuki isterinya; perajuk (orang yg) suka merajuk. | Kamus Dewan Edisi Keempat |