rakus | 1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 ki ingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rakus | 1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 kiingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak. | Kamus Pelajar |
rakus | 1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemahannya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
serakah | loba, rakus, tamak: ia sekarang mengetahui apa yg diidamkan oleh kedua-dua orang yg tamak dan ~ itu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bosor II | rakus, pelahap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pajuh | gelojoh, lahap, rakus; memajuh memakan banyak-banyak dan dgn cepat-cepat, melahap. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
majuh | gelojoh, lahap, rakus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gelojoh | 1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
buruk makan | lahap, rakus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perakus | orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |