Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rakus (adjektif)
1. Bersinonim dengan lahap: gelojoh, kemaruk, pajuh, lalah, celungap, majuh, loba, demap, meradak, caruk, bolor, buruk makan,
Berantonim dengan tertib

2. Bersinonim dengan tamak: haloba, serakah, muris,

Kata Terbitan : kerakusan, perakus,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
rakus1. gelojoh, lahap: alangkah ~nya ia memakan juadah itu; 2. ki selalu hendak banyak-banyak, loba, serakah, tamak: ~ akan kekayaan; sangat ~ dan loba terhadap bahan-bahan hidup; kerakusan 1. kegelojohan, kelahapan: ia tahu benar akan perangai pemuda itu, pantang larangnya, kekuatannya, kelemah­an­nya, ~nya, dll; 2. kelobaan, ketamakan: utk mengubah sikap dan ~ peribadi kpd sikap berbudi bahasa dan berkasih sayang; perakus orang yg sangat rakus (gelojoh, loba, tamak, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
rakus1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 ki ingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
gelojoh1. lahap, rakus: terlalu ~ pd makanan; 2. gopoh dan kasar, tidak cermat: janganlah engkau buat sesuatu kerja itu dgn ~ dan gopoh; kegelojohan keadaan (sifat) gelojoh:~ manusia menghapuskan keindahan alam di bumi Semerak amat dikesali oleh Pak Tua.Kamus Dewan Edisi Keempat
rakus1 suka makan banyak-banyak dgn gopoh; gelojoh; lahap. 2 kiingin mendapat sesuatu dgn banyaknya; tamak.Kamus Pelajar
menabuh1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lahap1. suka makan banyak-banyak (dan tidak pula cerewet tentang makan), gelojoh, rakus: dia terlalu ~; 2. gelojoh (bkn makan), banyak­-banyak (apabila makan): dimakannya nasi yg di atas meja itu dgn ~; melahap bk makan dgn gelojoh, makan banyak-banyak; pelahap 1. orang yg makan banyak-banyak (dgn gelojoh): ~ benar budak itu; 2. ki tamak, serakah.Kamus Dewan Edisi Keempat
selera I(seléra) 1. keinginan utk makan, nafsu makan: mi yg tersaji di hadapannya itu disudunya dgn penuh ~; membuka ~ = membangkitkan ~ menimbulkan nafsu ma­kan; patah ~ hilang selera; 2. kegemaran, pilihan, kehendak, cita rasa: siaran Radio terpaksa mengimbangi ~ para pendengar; 3. nafsu, keinginan: rupanya gadis berwajah menarik dan sedang mekar dewasa telah menarik ~ lelaki tersebut; ~ tajam sangat ingin hendak makan; ~ bagai cetus api prb orang yg sangat rakus (tamak); ~ bagai taji, tulang bagai kanji prb orang yg bodoh dan malas bekerja tetapi kuat makan; berselera ada selera (keinginan, nafsu), bernafsu (utk makan dll): ia tidak ~ utk makan lagi; menyelerakan memberikan (mendatang­kan) selera (utk makan dll): ketika itu kami sedang menghadapi hidangan makanan yg ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuhtabuh 1. gendang raya, beduk, geduk (di surau, masjid, istana, dll); ~ larangan tabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting; 2. alat utk memalu bunyi-bunyian (gong dll): ~ beduk; 3. bunyi beduk (gendang) sbg isyarat: terdengar ~ panjang tentu ada orang yg meninggal; akan dijadikan ~ singkat, akan dijadikan genderang berlebih = utk ~ singkat, utk gendreng panjang prb sesuatu yg tidak dapat digunakan utk sebarang maksud; lulus ~ perhatian prb berasa lapang atau senang hati kerana terlepas drpd tugas yg berat dll; masuk meliang penjahit, keluar meliang ~ prb besar belanja drpd hasil pendapatan; mulut ~ dapat disumbat, mulut orang bagai­­mana menyumbatnya prb jika sesuatu rahsia diketahui orang nescaya tersiarlah khabarnya; menabuh 1. memalu (memukul) tabuh dll: mereka ~ gendang raya pd tiap-tiap petang Jumaat; 2. Pl, bk membuat sesuatu dgn kasar (makan dgn rakus dll); tabuhan, tabuh-tabuhan segala alat bunyi-bunyian yg dipalu; penabuh 1. orang yg memalu (memukul) tabuh dll, pemalu; 2. Kd perbuatan memukul seseorang.Kamus Dewan Edisi Keempat
buruk1. tua dan rosak (busuk), tidak cantik: Zaini sedang terbaring di tilam ~, pusaka ayahnya; kalau seorang perempuan ~ datang ke rumahnya mengemis, haram mereka mahu menolong; 2. tidak baik, jahat: perangai yg ~; pendedahan yg menyingkap tujuan ~ mereka; 3. tidak menyenangkan, merosot: ekonomi yg semakin ~; ~ ambil salah terima, menganggap kurang baik; ~ hati jahat (hati); ~ laku tidak baik kelakuan; ~ makan lahap, rakus; ~ mulut kasar mulut; ~ perut a) banyak makan; b) mudah kena sakit; ~ pok Kl, Tr buruk sekali; ~ sangka salah sangka (terima); ~ siku a) sudah memberi sesuatu kpd orang tetapi mengambilnya balik; b) tidak menyebut-nyebut kebaikan atau berian orang; ~ muka, cermin dibelah prb kesalahan dibuat sendiri tetapi dilemparkan kpd orang lain; ~ perahu ~ pangkalan prb tidak mahu melihat rumah bekas isteri (bekas tempat bekerja); ~ tak tahu akan hinanya prb tidak insaf akan kekurangan diri sendiri; ~-~ (bak) embacang prb pengetahuan (akal) bukan hanya terdapat pd orang yg elok rupa sahaja; biar ~ kain dipakai, asal pandai mengambil hati prb pakaian yg elok mudah dibeli tetapi berlainan halnya dgn budi bahasa yg halus; tiada ~ yg tiada elok prb orang yg berselisih itu akan berbaik juga; tiada elok yg tak ~ prb orang yg berbaik-baik itu akan berselisih juga; berburuk, berburuk-buruk bermusuhan, berselisihan; memburuk menjadi buruk (busuk dll): sekarang dia terpisah drpd golongannya, ~ dan tidak diperlukan lagi, kotor dan dibuang;memburukkan 1. menjadikan buruk (busuk dll): hujan dan panas matahari lekas sekali ~ kayu; 2. = memburuk-burukkan mengata-ngata, mencela, mencaci, mencerca: lekas sekali tuduhan datang ~ Ida; mereka telah menggunakan isu-isu yg berunsur negatif dgn tujuan memburuk-burukkan kepimpinan dan kerajaan;keburukan 1. kekurangan, kelemahan, kepincangan: berikan ~ dan kebaikan tinggal di bandar; 2. hal yg tidak baik (tentang orang atau sesuatu): ~ orang yg telah meninggal, terkubur dgn jasadnya; bercerita tentang ~ keluarga sendiri; pemburukan perihal memburukkan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas