Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
rama-rama (kata nama)
Bersinonim dengan kupu-kupu, iswara.,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
ramaJw, sl ayah(anda), bapa. rama-rama 1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
rama-rama1. sj serangga yg sayapnya lebar dan cantik (dlm pelbagai warna), kupu-kupu; 2. kupu-kupu (besar dan tidak berwarna-warni sayapnya).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyarikan1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan;Kamus Dewan Edisi Keempat
sutera1. sj benang yg lembut dan halus yg didapati drpd sj ulat; ulat ~ sj ulat rama-rama Bombyx mori yg mengeluarkan benang sutera; 2. kain atau cita yg dibuat drpd benang sutera; ~ kembang sutera yg bersulam; ~ buatan = ~ tiruan sutera yg dibuat secara kimia; jual ~, beli mastuli prb kehilangan yg ber­harga, mendapat yg lebih baik (lebih berharga); spt ~ dlm lukisan prb sesuatu yg sudah bagus beroleh darjat atau tempat yg bagus pula.Kamus Dewan Edisi Keempat
berubah1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ubah; berubah 1 bertukar drpd keadaan semula: Sejak dia berkahwin, perangainya sudah ~. 2 berbeza drpd rupa atau warna yg asal; bertukar (perasaan dll): Warna kain ini sudah ~ menjadi pucat. Mendengar sindiran itu, ~ air mukanya. 2 berganti atau beralih menjadi lain: Ulat itu ~ menjadi rama-rama. berubah-ubah tidak tetap keadaannya (rupanya, rasanya dll); sentiasa berubah. mengubah 1 menjadikan berbeza drpd yg semula; menukar: Sejak hari itu, ia telah ~ cara hidupnya. 2 menyusun semula sesuatu cerita, karangan dll sehingga menjadi berlainan drpd yg asal; mengolah kembali: Ia ~ jalan cerita itu sehingga menjadi cerita jenaka. 3 tidak menepati janji, sumpah dll; menyalahi yg biasa: Mereka tidak mahu ~ adat resam yg telah dipusakai dr nenek moyang mereka. 4 memindahkan atau mengalih sesuatu dr tempat asalnya ke tempat lain (spt benih dr tapak semaian ke sawah). 5 menukar atau mengalih arah sesuatu (spt pandangan, haluan): ~ pandangan. perubahan hal berubah; pertukaran; peralihan: Sejak negara kita merdeka, banyak ~ yg berlaku dlm berbagai-bagai bidang. pengubahan perbuatan (proses, cara dsb) mengubah. perubah sesuatu yg berubah-ubah. pengubah orang yg mengubah atau mengalih sesuatu; pengalih.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sari I1. pati drpd sesuatu (makanan, buah-buahan, dll): ~ susu; 2. bahagian yg penting (drpd karangan, berita, pelajaran, dll), isi pokok; ~ kata terjemahan dialog dlm filem yg disiarkan serentak dgn tayangan filem berkenaan; inti ~ pokok, isi; 3. = serbuk (tepung) ~ Id debunga (pd tumbuh-tumbuhan); ~ bunga kelopak bunga; menyarikan 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; penyarian perbuatan (proses) memetik isi drpd karangan, berita, dll: ~ data.Kamus Dewan Edisi Keempat
payung I1. alat bertangkai yg biasanya dibuat drpd kain, kertas, dsb yg dipasang pd kerangka boleh lipat utk melindungi seseorang atau sesuatu drpd terkena hujan atau panas mata­hari dan juga digunakan sbg alat kebesaran raja dll; ~ kain; ~ kertas; ~ sutera; paku ~ paku yg kembang kepalanya dan digunakan utk memaku atap zink; 2. = ~ terjun kain bulat yg diberi bertali pd tepinya dan diguna­kan utk terjun dr kapal terbang (tempat tinggi dll); askar ~ terjun pasukan askar yg digugur­kan oleh kapal terbang; 3. ki sesuatu yg me­lindungi, penaung, pelindung: pd suatu ketika dahulu Tanah Melayu berlindung di bawah ~ Inggeris; ~ bawat = ~ pawat Jw payung kecil yg ber­batang tinggi dan berwarna-warni (utk menun­jukkan kebesaran seseorang); ~ berapit payung kerajaan yg dibawa berdampingan di hadapan raja dll; ~ cetera sj payung utk me­nunjukkan kebesaran seseorang; ~ iram-iram = ~ rama-rama sj payung kuning yg bahagian tepinya berlipat-lipat dan terumbai-umbai (utk raja-raja); ~ perteduhan naungan ki tempat berteduh, tempat bernaung, tempat mem­pertaruhkan nasib; ~ ubur-ubur sj payung putih yg berlipat-lipat tepinya utk mema­yungkan jenazah raja (di setengah-setengah tempat digunakan juga oleh raja yg masih hidup); dianjungkan spt ~, diambak spt kasur prb terlalu sangat dimuliakan atau dihormati (ter­utama orang besar-besar); sediakan ~ sebelum hujan prb hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yg kurang baik; berpayung memakai payung; yg ~ yg ditembak prb jikalau anak-kemana­kan atau anak semang yg bersalah, tentulah yg akan dituntut mamaknya atau induk semangnya; berpayungkan menggunakan sesuatu sbg payung: mereka berehat di tepi pantai sambil ~ sebatang pohon besar yg rimbun; memayungi 1. melindungi, (menutupkan) dgn payung; 2. ki melindungi, menaungi: sinar merah di hujung langit mula membayang, kabus putih ~ bukit-bukit tinggi; memayungkan mempergunakan sbg payung; payungan tempat yg dipayungi, lindungan: kami berteduh di bawah ~ kanopi kedai itu.Kamus Dewan Edisi Keempat
memanahkan1. sl melancarkan anak panah: maka Seri Rama pun ~ anak panah itu; 2. me­lancarkan sesuatu spt anak panah;Kamus Dewan Edisi Keempat
memanah1. melancarkan anak panah (kpd): maka dipanahnya Seri Rama; 2. bergerak (terlepas dll) dgn amat laju; 3. mengenakan sbg panah: rumah itu dipanah petir;Kamus Dewan Edisi Keempat
123

Kembali ke atas