ramas | ; meramas 1 memegang-megang dan memerah-merah (kelapa dll): ~ kelapa; ~ kertas. 2 memegang-megang dan memicit-micit: ~ tangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
ramas II | ; nasi ~ nasi yg dicampurkan lauknya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramas; meramas | 1 memegang-memegang dan memerah-merah (kelapa dll): ~ kelapa; ~ kertas. 2 memegang-megang dan memicit-micit: ~ tangan. | Kamus Pelajar |
urut I | ; minyak ~ minyak angin dll yg diguna-kan ketika memicit atau menggosok badan; rumah ~ rumah tempat orang dipicit-picit atau diramas-ramas badannya; tukang ~ tukang picit (badan), orang yg memicit-micit (meramas-ramas dsb) badan seseorang atau tempat-tempat yg bengkak (terseliuh dll); berurut (sedang) dipicit-picit (badan), diramas-ramas (badan): barangkali sudah tidak banyak orang yg ingin ~ atau barangkali tangan orang tua itu sudah tidak kuat lagi; ~ dada ki mengusap dada (kerana berasa kecewa, susah, dll); ~ kuduk ki membujuk-bujuk; mengurut-urut mengurut berulang kali: tangannya pula turut ~ dada ibunya; mengurutkan menggosokkan, mengusapkan: ia minta hamba ~ lengannya yg terseliuh; urutan 1. gerakan tangan, mesin dsb utk mengurut bagi melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dsb: dia melakukan ~ utk merangsang peredaran darah; 2. hasil mengurut: ~nya melegakan rasa lenguh; pengurutan perbuatan dsb mengurut: ~ pd otot-otot, bermula dr ibu kaki; pengurut 1. orang yg mengurut, tukang urut: dia ~ yg berpengalaman; 2. alat utk meng-urut (anggota badan dsb): setiap bilik itu dilengkapi ~ kaki utk melegakan badan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
uli I | sj kuih yg dibuat drpd beras pulut; beruli (sudah) diramas-ramas dan ditekan-tekan (adunan roti, kuih, dll) dgn tangan utk menyebatikannya: dia menarik mangkuk tepung yg sudah ~ ke hadapannya; menguli meramas-ramas dan menekan-nekan (adunan roti, kuih, dsb) dgn tangan utk menyebatikannya: tepung itu dicampur dgn air dan diuli sehingga lembut; ulian sesuatu yg diuli; pengulian perbuatan (proses atau kerja) menguli: dgn adanya mesin baru, kini ~ tepung dapat dibuat dgn cepat, banyak dan bersih; penguli 1. orang yg (kerjanya) menguli: dua ~ roti, Mahmud dan Muhamad; 2. alat utk menguli: pengeluaran roti dan kek syarikat-nya telah meningkat dgn penggunaan mesin ~ tepung yg baru dan canggih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ramas I | ; meramas 1. menggumpal-gumpal dan memeras-meras (adunan, kelapa, nasi, dll): tepung gandum digaul dan diramas dgn lemak; ~ kelapa; 2. memegang-megang dan memicit-micit, memijit-mijit, mengurut: lapan orang yg ~ kaki Yang Dipertuan; 3. memulas dan memeras (kain basah), memerah: dia ~ kain yg baru dibasuhnya itu; perut ~ perut memulas; 4. merenyukkan, mengumalkan: dia ~ surat layang yg baru diterimanya; meramas-ramas memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya; ramasan pegangan atau picitan utk meramas: ia berasa satu ~ yg mesra di bahunya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasi ramas | nasi yg dicampurkan lauknya sekali. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
meramas-ramas | memicit, memeras, merenyukkan dsb berulang kali dgn jari-jari tangan: bunga itu diramas-ramasnya dgn sebelah tangannya; tangannya ~ tangan ibunya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nasi ramas | Id nasi yg lengkap dgn lauk-pauknya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memeronyokkan | meramas-ramas kertas dll supaya renyuk. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |